Thursday, July 12, 2012

Sahabat dari UCSA...

 Masa berforum kat AFBE dulu tu ada berjumpa dengan 2 orang bekas rakan sekerja dari University College Shahputra (UCSA). Mereka datang untuk membentangkan paper mereka juga.

Kelihatan dalam gambar diatas dari kiri: Abg Bahari, Fahmi, Ja, Suki, Haji Osman dan Dr. Zainal. Mereka semua menunggu turn untuk present seperti saya.
 Ni Fahmi sedang present paper dia. Gambar abg Bahari present takde sebab masa dia present, saya pun tengah present.
Fahmi tersenyum menerima sijil dari Moderator Professor Dr. Brian Sheehan.

Wednesday, July 11, 2012

Asian Forum on Business Education...

 Minggu lepas 9hb - 10hb July saya bertapa kat IOI Palm Resort Putrajaya untuk present 1 paper. Paper ni saya buat 4 orang dan kali ni saya yang kene present. Seperti biasa, berdebar jugalah. Presentation ni memang berbeza dengan mengajar.
Ni saya ambil sijil dari Moderator sesi saya iaitu Dr. Marthin Nanere dari LA Trobe Universiti Australia. Bagus Dr. ni sebab selepas saya present, dia banyak bagi idea untuk paper saya yang seterusnya. Dia siap offer buat Phd bawah selian dia dalam bidang Consumer Behaviour.

Friday, June 29, 2012

Ikan terubuk Sarawak...

Gerai menjual ikan terubuk ni bersebelahan je dengan kedai kek lapis dayang salhah. Bila kita beli, penjual akan tolong bungkuskan dalam kotak. Dia dah tau yang kita ni datang dari semenanjung n balik naik kapal torbang. Harganya murah aje. Ada ikan terubuk import n ada ikan terubuk tempatan.

Thursday, June 28, 2012

Kek lapis Dayang Salhah...

 Kedai kek lapis Dayang Salhah terletak di seberang sungai sarawak. Naik perahu tambang 50 sen je. Kalau pergi sekarang, kedai ni terselindung sikit sebab ada pembinaan bangunan didepan kedai kek lapis ni.
 Bersusun kek lapis ni dalam kedai dan bermacam2 jenis. Ambik je letak dalam bakul, pastu gi la bayar...
 Kalau nak, boleh rasa dulu kek lapis ni. Makan sampai kenyang macam hari raya.
Ni saya punya setelah diagih2kan kepada pihak yang berkenaan.

Wednesday, June 27, 2012

Sewa kereta Samauto...

Di Sarawak saya ada sewa kereta untuk digunakan disana. Saya berurusan melalui internet sahaja. Kalau sesiapa yang nak ke sana, boleh sewa kereta syarikat ni iaitu Samauto. Atau boleh juga booking dekat Facebook je. Gambar atas tu masa saya nak pulangkan kereta semula di airport.

Tuesday, June 26, 2012

Harbour View Hotel...

 Inilah hotel Harbour View di Sarawak. Saya menginap disini. Lokasinya betul2 di pusat bandar dan berhampiran dengan sungai sarawak. Boleh jalan kaki je dari sini untuk ke jeti dan pergi ke seberang untuk beli kek lapis.
Biliknya pun luas. Ada tibi leper...

Monday, June 25, 2012

Laksa Sarawak...

Ni la rupanya laksa sarawak. Saya berkesempatan makan laksa ni masa gi sarawak baru2 ni. Kuahnya cukup berempah. Meenya saya rasa dia guna mee hoon. Ok la, tekak saya boleh terima. Kalau ada rezeki pergi lagi ke serawak, saya akan makan lagi laksa ni.

Sunday, June 24, 2012

Makan nasik briyani...

 Gi Sarawak baru ni makan Bukhara Chicken Briyani dalam kapalterbang. Maklum lah masa tu (diawan biru) dah time lunch. Malu jgak la nak makan sebab mamat sebelah kiri aku ni tak oder makanan. Tapi sebab lapar, ngap sahaja la...
 Dah sampai, tunggu nak ngap je...
 Ni la rupanya. Sedap juga. Tapi tak tau la samaada sedap sebab lapar atau memang sedap.

Thursday, June 14, 2012

Kursus Asas Rekrut Uniten...

Baru2 ni saya wakil TNC untuk ke perasmian kursus asas rekrut uniten. Terasa janggal pulak dalam gambar tu. Dalam celah2 orang pakai loreng, saya seorang je yang pakai baju putih hehehe...

Monday, June 11, 2012

Rumah tempat lahir Tun Abdul Razak...

Minggu lepas berkesempatan membawa keluarga ke rumah tempat lahir Tun Abdul Razak di Pekan Pahang. Masuk percuma je.
Ni antara almari yang ada dalam rumah tu. Design rumah ni macam rumah kampung lama.