Tuesday, June 26, 2012

Harbour View Hotel...

 Inilah hotel Harbour View di Sarawak. Saya menginap disini. Lokasinya betul2 di pusat bandar dan berhampiran dengan sungai sarawak. Boleh jalan kaki je dari sini untuk ke jeti dan pergi ke seberang untuk beli kek lapis.
Biliknya pun luas. Ada tibi leper...

Monday, June 25, 2012

Laksa Sarawak...

Ni la rupanya laksa sarawak. Saya berkesempatan makan laksa ni masa gi sarawak baru2 ni. Kuahnya cukup berempah. Meenya saya rasa dia guna mee hoon. Ok la, tekak saya boleh terima. Kalau ada rezeki pergi lagi ke serawak, saya akan makan lagi laksa ni.

Sunday, June 24, 2012

Makan nasik briyani...

 Gi Sarawak baru ni makan Bukhara Chicken Briyani dalam kapalterbang. Maklum lah masa tu (diawan biru) dah time lunch. Malu jgak la nak makan sebab mamat sebelah kiri aku ni tak oder makanan. Tapi sebab lapar, ngap sahaja la...
 Dah sampai, tunggu nak ngap je...
 Ni la rupanya. Sedap juga. Tapi tak tau la samaada sedap sebab lapar atau memang sedap.

Thursday, June 14, 2012

Kursus Asas Rekrut Uniten...

Baru2 ni saya wakil TNC untuk ke perasmian kursus asas rekrut uniten. Terasa janggal pulak dalam gambar tu. Dalam celah2 orang pakai loreng, saya seorang je yang pakai baju putih hehehe...

Monday, June 11, 2012

Rumah tempat lahir Tun Abdul Razak...

Minggu lepas berkesempatan membawa keluarga ke rumah tempat lahir Tun Abdul Razak di Pekan Pahang. Masuk percuma je.
Ni antara almari yang ada dalam rumah tu. Design rumah ni macam rumah kampung lama.

Wednesday, May 30, 2012

Sudirman di sekolah...

Saya ada sekeping gambar Allahyarham Sudirman di sekolah menengah. Masa sekolah menengah, Allahyarham adalah sekelas dengan ayah sedara saya.

Dalam gambar diatas, Allahyarham Sudirman berdiri di barisan tengah nombor dua dari kiri.

Tuesday, May 29, 2012

Pentauliahan...

Pada 1998, setelah 3 tahun menjalani latihan di PALAPES UUM (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) saya telah ditauliahkan sebagai Pegawai dalam Rejimen Askar Wataniah dengan memegang pangkat Leftenan Muda.

Pentauliahan dibuat di UiTM Shah Alam.

 Ni perbarisan yang dilakukan di padang kawad UiTM. Saya duk di barisan belakang no. 4 dari kanan.
Ni nak keluar dari padang kawad sambil nyanyi lagu bertemu dan berpisah.

Madrasah AlDiniah Pangsenam...

Ni gambar lama dekat madrasah AlDiniah Pangsenam.

Kat papan hitam tu tertulis dalam tulisan jawi Gambar kenangan ahli2 jawatankuasa tahun 62 - 63 dan sebahagian daripada murid2 & guru2 di bangunan gotong royong ahli2 tempatan.

Gambar ini diambil pada 12 April 1963. Kelihatan ayah saya berdiri no 7 dari kiri. Yang duduk kiri sekali ialah arwah aki saya iaitu Allahyarham Haji Abd. Kadir Ahmad.

Monday, May 21, 2012

Udang galoh lagi...

 Size udang galoh yang besar
2 kilo, dapat la 6 ekor yang besar2.

Tuesday, May 1, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Hari ni baru je balik dari berpesta di PWTC. Banyak juga buku yang diborong. Ni antara buku yang diborong sepanjang 2 hari gi sana.

Ada beberapa kejutan juga bila berada disana pada kali ini. Antaranya jumpa 2 orang bekas student Uniten. Sorang berkerja di Karangkraf bahagian promosi. Di pesta buku kali ni dia jadi sandwich man kat pintu masuk dewan pameran karangkraf. Sorang lagi executive kat al hidayah. Masa pesta buku ni dia bantu bahagian jualan.

Juga jumpa rakan pensyarah di uniten dan juga TNC UCSA.