Thursday, December 29, 2011

Bunga Bakawali...

Ada sekuntum bunga bakawali kat rumah kembang pada waktu malam. Kami beramai2 melihat proses mengembangnya sehingga lengkap.

Wednesday, December 28, 2011

Menoreh Getah...

Minggu lepas balik Kg Pangsenam sempena cuti raya krismas. Sambil tu sempat merasmi memotong getah di kebun yang telah masuk 5 tahun usianya. Ni kira torehan pertama untuk pokok getah ni. Ni kebunnya. Kelihatan pondok pisang sesikat telah hampir runtuh dipukul ribut. Kelihatan juga 2 buah motor.
buat pelannya dulu


turn koi menoreh


susu getah mula menitik. Belum banyak lagi


kita kumpul dulu susu getah ni dalam cawan untuk buat sekerap. Nanti boleh jual.

Thursday, December 15, 2011

Mahkamah Kuantan telah bercahaya...


Baru2 ni lalu kat sebelah bangunan mahkamah kuantan yang hampir siap tu terlihat bercahaya je. Rupa2nya kontraktor sedang test lampu spotlight. Nampak cantik pada waktu malam.

Sekarang ni langskap pun dah hampir siap. Banyak dah pokok ditanam.

Friday, December 2, 2011

Mahkamah baru Kuantan...

Bangunan mahkamah baru kuantan dah nak siap. Sebahagian dah di cat.Langkskap pun dah hampir siap. Semalam tengok dah ada pokok dan rumput ditanam.

Besar juga bangunan ni.

Wednesday, November 30, 2011

Maal Hijrah...

Sempena dengan awal Muharram, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam KSHAS akan mengadakan Forum Sambutan Maal Hijrah 1433H yang akan diadakan pada:



Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam KSHAS menjemput dan mempersilakan tuan/puan dan seluruh warga kerja UNITEN untuk bersama-sama hadir pada majlis ini.

Semoga apa yang kita kerjakan senantiasa berada di bawah lindungan dan rahmayNya, insyaAllah.


Sekian, WASSALAM

Thursday, November 17, 2011

Program anak Angkat...

Baru2 ni bulan 9 ada program anak angkat kat Kg. Pangsenam. Pelajar2 dari Kolej Komuniti telah datang untuk menjadi anak angkat kepada beberapa penduduk kg. Pangsenam. Nama program ni ialah Program Silaturahim Siswa & Masyarakat
Menerima 4 orang anak angkat!!!


aktiviti mengecat pagar mesjid sambil bergambar


aktiviti mengecat dewan mesjid sambil bergambar
aktiviti memasak kenduri sambil bergambar

Majlis penutup sambil bergambar


Tuesday, November 15, 2011

Majlis Korban Mesjid Pangsenam 2011...

Tahun ni kat Mesjid Pangsenam diadakan juga majlis korban. Ada 7 ekor kerbau dikorbankan. Penduduk kampung beramai2 berkerjasama untuk menjayakan maslis ini. Antara ajk yang duk mengorganize majlis korban supaya berjalan dengan lancar. Papan tanda atas meja tu nama peserta korban utk setiap kerbau.
Pengumuman dibuat untuk memanggil peserta korban apabila kerbaunya hendak disembelih. Sambil tu lebai yang pegang mikrofon tu akan bertakbir.
Orang2 kuat mesjid Pangsenam
Ha..., yang bertugas di bahagian masak-memasak dah standby

Dapur dah panas, tunggu daging nya sahaja...

Antara kerbau yang akan dikorbankan
Kerbau yang berlumpur akan dimandikan dahulu supaya ia 'pergi' dalam keadaan bersih.
Kita ikat dulu kaki kerbau ni...


Tukang sembelih dah ready nak sembelih. Orang ramai bertakbir... Gambar masa sembelih tak ditunjuk sebab banyak darah memancut2.
Pasukan melapah amik peranan selepas menyembelih.
Semua berkerjasama memainkan peranan masing2
Pasukan menimbang daging
Untuk masok kat mesjid, kita potong kecik2


Untuk agihan, kita potong besor2
Tok Empat menyerahkan daging korban kepada penduduk kampung.
Pengerusi Mesjid pun nok juga bagi ke orang ramai...




Monday, November 14, 2011

Selamat menduduki SPM...



Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada along (gambar atas, bersalam dengan aki masa raya). Semoga berjaya menjawab dengan baik dan masuk matrik selepas ini untuk ke universiti.

Saturday, November 5, 2011

Taklimat Askar wataniah...



Satu taklimat tentang askar wataniah telah dilakukan di Uniten. Ia dilakukan oleh Lt. kol Yaacob.

Thursday, November 3, 2011

Lihatlah dunia...

Sesekali bila bosan bila berjumpa macam2 ragam. Ni aksi gaya bebas. Cermin besar kat tepi tu tempat nak lihat diri sebelum ke kelas.