Monday, March 21, 2011

Artis Zaibo datang...

Minggu lepas koi ke Lumut kenduri sebelah pihak lelaki. Dalam duk sibuk ambik gambor pengantin, ada artis Zaibo datang!

Ikut jurufoto profesional...

Baru2 ni adik ipar koi kawin. Koi berkesempatan la follow abang nizam ambik gambor sepanjang majlis tersebut. Beliau merupakan jurufoto profesional yang banyak pengalaman ambik gambo di pelbagai majlis.

Ni aksi 'telinga kene tanah'

Banyak gak tips dan petua yang koi dapat dari abang nizam ni antaranya:

1. Cara nak setting kamera untuk snap gambor indoor dan outdoor.

2. Protokol ambik gambor majlis perkahwinan dan majlis yang ada raja/sultan.

3. Kat kenduri kawin pakai la kasut sbb kalau pakai selipor nanti ilang!.

4. Kat kenduri kawin, masa makan jurufoto ialah masa pengantin makan.

5. Jurufoto rasmi perkahwinan selalunya ada sedikit 'kebebasan' di majlis tersebut.

6. Kalau jurufoto tu berbeza pakej dengan mak andam, maka kenelah ada penyelarasan dgn mak andam untuk ambik gambo.

Tu lah antara tips, petua dan nasihat dari abang nizam. Ni baru 1st time koi ikut dia. Pasni kalau ada masa, dia nak ajak gi tempat lain pulok. Kalau nok buat majlis sekitar kuantan dan perlukan jurufoto, bolehlah guna khidmat dia.

Saturday, March 12, 2011

A Doctor in the house...

Beli buku ni semalam kat MBS Bookstore, ECM. Katanya ni last buku yang tinggal kat kedai tu. Nanti dia order lain. Sempat koi sambar buku ni.

Harganya RM100. Takde diskaun pun walaupun koi pemegang kad MBS.

A DOCTOR IN THE HOUSE

The Memoirs of Tun Dr. mahathir Mohamad


Gambar cover buku ni dirakam oleh menantu lelaki Tun.

Wednesday, March 9, 2011

Galeri Perdana...

Dalam paper hari ni ada berita tentang pelancaran buku memoir Tun Dr. Mahathir Mohammad iaitu mantan perdana menteri malaysia yang keempat.

Posting ni bukan nak cerita tentang memoir tersebut tapi nak cerita sedikit perkara yang ada kaitan dengan Tun, iaitu Galeri Perdana di Langkawi.

Galeri Perdana ni menempatkan himpunan hadiah yang diterima oleh Tun sepanjang menjadi Perdana Menteri. Ada juga hadiah untuk Tun Dr Siti Hasmah.

Galeri ni terletak di Kilim iaitu lebih kurang 12km dari pekan Kuah. Masuk dalam ni kene bayar RM3. Kalau nak bawak kamera kene bayar RM2 untuk 1 kamera.

Ni antara hadiah yang dipamerkan.

Ada pelbagai jenis hadiah dipamerkan di bangunan 2 tingkat ni. Ni gambo kasut pacu kuda hadiah dari syarikat MTD Capital Berhad Santiago,Chile.

Ni koleksi kereta. Kereta F1 petronas pun ada.

Pendek kata kalau kita tengok hadiah ni sambil membaca penerangan tentang hadiah tersebu, nescaya mau makan masa lebih 4 jam. Sebabnya, terlalu banyak hadiahnya. Memang bagus galeri ini diwujudkan.

So, kalau ke Langkawi disamping shopping sakan kat Haji Ismail Group dan Idaman Suri, moleklah kesini juga.

Saturday, March 5, 2011

Langkawi: hopping islands

Naik bot laju untuk hopping islands kat langkawi. 4 jam pusing2.

Friday, March 4, 2011

Syamimhadi homestay Langkawi...

Kat Langkawi baru2 ni kami menginap di Syamimhadi homestay kat Kg. Bayas, Langkawi. Ia kepunyaan Haji Ramli iaitu seorang guru sekolah di kg bayas.

Sewanya antara RM150 - RM180 semalam bergantung pada musim cuti dan permintaan. Tapi harga boleh runding lagi, jangan risau.

Ni gambaran depan rumahnya. Rumah ni berkembar 3. Sebelah rumah ni haji ramli sedang membina 2 bijik lagi rumah untuk homestaynya.

Lokasi homestay ni dekat dengan Nusantara gamat. Kalau ke pekan Kuah kira2 10 minit tapi kene u-turn dulu. Ke airport pula dalam 5 minit.

Ada 3 bilik tido yg luas. 2 bilik ada aircond dan 1 bilik guna kipas. Bilik air ada 2 lengkap dengan hot shower. Dapur yang lengkap untuk memasak. Ada peti ais dan meja makan. Ada astro dan set sofa di ruang tamu.

Keluasan dalam rumah ni boleh muat kira2 8 orang dewasa. Kalau bebudak bujang/student, bolehlah sumbat 10 orang.

Kalau berminat nak menginap disini bolehlah kontek haji ramli (0124701882).

Wednesday, March 2, 2011

Langkawi: Sakan memborong...

Sakan betul memborong barang di langkawi. Macam2 mende beli kat sana. Dari minyak gamat sampailah ke periuk kuali.

Atas ni beg 'kosong' bawak ke sana. Ni masa check in utk letak dalam kargo kapal terbang.
Beg dah 'beranak' masa nak balik. Ni kat belakang je, kat depan ada lagi. Sewa van nissan vanette je, RM300 untuk 4H3M.

kat airport Langkawi, tunggu nak berlepas.

sampai KL, sumbat dalam kete pulak. Luas juga bonet kete Honda ya.

Langkawi: 4H3M...

Minggu lepas koi ngan family bercuti ke Langkawi 4 hari 3 malam. Ni baru sampai kat airport Langkawi dengan MAS. Rasanya kul 330 petang sampai. Kejap je dari KL, lebih kurang 50 minit je.

Tuesday, February 22, 2011

Tahniah Shahputra...

Koi nak ucapkan tahniah pada kolej shahputra sebab dapat pelawaan untuk menjadi Kolej Universiti Shahputra. Koi rasa amat berbangga kerana pernah menjadi sebahagian dari kolej shahputra.

Teringat 10 tahun dahulu bila koi mula kije di sini. Waktu tu koi melapor diri di kolej shahputra di Pekan. Tak sangka, sekarang shahputra telah berkembang dengan pesat sekali. Mula2 dulu gaji koi disana hanya RM1000 lebih je sebulan.

Hampir 9 tahun juga koi mengajar di shahputra ni.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang shahputra, boleh lawat ke website dia. Takpun, kalau ada masa ujung minggu ni, boleh la gi karnival pendidikan shahputra di ECM kuantan.

Rasa dihati nok juga kesana tapi tak dapat sebab koi ada program kat langkawi.

Apa pun, syabas di ucapkan kepada warga Shahputra dan selamat maju jaya.

Monday, February 7, 2011

Cameron Highlands: Pergi lagi...

Pergi lagi ke Cameron Highlands. Kali ni dengan rakan sekerja.

Bersama En. jankaulu di Cameron Valley, Bharat Plantation. Dia kali pertama ke Cameron Highlands sepanjang hidupnya di bumi Malaysia.