Saturday, December 4, 2010

Ubi temili...

Ni namanya ubi temili. Gali kat kebun. Ujan2 ni rebus ubi temili ni sedap. tapi sekarang tak ramai orang makan dan tahu ubi temili. Ubi kayu ramai la tahu.

Kebun pisang dalam kebun getah...

Sementara nok nunggu pokok getoh besor, ayoh koi nanam 400 batang pisang dicelah2 pokok getoh tu. Dah merasa dah pun buoh pisangnya. Tak abis makan, ayoh koi letak kat gerai patin utk jual. dah besor dah pokok getoh n pisang
ni jantung pisang. Ada jantung pisang kita boleh rebus dan colek ngan kicap makan ngan nasik. Bapok sedaknya...

Monday, November 29, 2010

Hotel Hyatt Regency...

Minggu lepas ada conference kat Kuantan. Conference ni di anjur oleh Uniten bertempat di hotel Hyatt Regency Kuantan Resort. Koi terlibat sama dalam conference 2 hari ni. Ni posternya.
International Economic & Business Management Conference (IEBMC)
Ni pemandangan menuju ke bilik koi menginap (2217)

Ruang dalam bilik

Walaupun bilik terasa mewah, hati tetap berdebar2 sebab nak kene present paper!

Rasanya RM380 juga satu malam!!!

Thursday, November 4, 2010

P. Ramlee...

Bulan lepas bulan P. Ramlee di Astro. Banyak filem P. Ramlee ditayang. Koi memang tak lepas peluang bila ada filem P. Ramlee.

Kali ni blog ni nak paparkan gambar2 P. Ramlee iaitu insan (Tokoh) yang dipinggirkan oleh bangsanya sendiri dihujung2 hayatnya. Alfatihah buat arwah.

Panca Sitara

Filem Intan

Anakku Sazali


Penarek Becha

Seniman Bujang Lapok

Pengarah

Ibu Mertua-ku

Thursday, October 14, 2010

UNITEN dari Udara...


Atas ni gambor UNITEN Muadzam dari udara. Guna Map google. Saje try. Klik kat gambar untuk besarkan.

Wednesday, October 6, 2010

Syabas Mydin...

atas ni email yang dibalas oleh pihak Mydin


Semalam koi ontheway balik kije tiba2 dapat call. Ropa2nya Pengurus Mydin Kuantan call. Tujuan dia call adalah untuk mintak maaf atas apa yang telah berlaku. Peramah dan baik orangnya.

Beliau telah berkata yang perkara itu tidak harus berlaku dan berjanji ia tidak akan berlaku lagi. Beliau menerangkan bahawa kaunter free gift juga dalam proses pengubahsuaian.

Syabas Mydin kerana respond terhadap aduan pengguna.

Aduan kat Mydin...

Sambung kisah kat Mydin sabtu lepas. Koi masih rasa tak puas hati sebab tak dapat wat aduan ke pihak Mydin. Koi pun balik tu terus bukak internet dan bukak laman web Mydin. Masalah ni kene bagitau ke pihak Mydin supaya mereka dapat ambik tindakan susulan pada masa depan sebab sikap orang Malaysia ni memang nok cepat belaka.

Ni la butir2 email yang koi anto ke Mydin:

Walaupun hanya 11 item...

Sabtu minggu lepas koi gi Mydin Kuantan. Hajatnya nok beli sabun dan ubat gigi. Koi gi hari malam. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ramai jugek. Koi beli la sabun mandi 2 botol, sabun mandi refill 1 paket dan ubat gigi 2 kotak. Semuanya 5 item.

Bila masa nok bayor, koi buat keputusan nok membayor kat kaunter ekspress sebab item belian koi kurang dari 10 item.

Tapi yang membuatkan koi kecewa ialah ada 'mamat tak sekoloh' kat depan koi nok buat bayaran kat kaunter tu jugek sedangkan item belian dia lebih dari 10 item. Dari pemerhatian koi adalah dalam 13 - 14 item. Sepatutnya dia pergilah ke kaunter biasa. Tak pasal2 je kaunter ekspress jadi kaunter lambat!

Nok dijadikan cerita lagi, ada pulok dua 'minah rempit' tiba2 memotong barisan menuju ke cashier kaunter ekspress tu sambil menghulurkan resitnya untuk mendapatkan 'free gift murahan'. Adoiii... simple punya rules pun tokleh nok ikut.

Di pendekkan cerita, koi berjaya jugek membuat bayaran di 'kaunter lambat' tersebut. Niat koi pasni nok buat aduan n letokkan dalam peti aduan yang ada kat pintu keluar. Tapi bila tengok kat situ, petinya ada tapi pen ngan kertasnya takde. Adoii...

Moralnya kat sini, kalau barang awok memang dah sememangnya lebih dari 10 item, pergilah ke kaunter biasa walaupun hanya 11 item. Pastu pulok, pandai2 la beratur. Kan dari kecik lagi kita dah disuruh beratur untuk naik bas, beli kopok kat kantin dll.

Wednesday, September 22, 2010

DSLR...

Setelah sekian lama bergelumang dengan kamera digital dan kamera handphone maka baru2 ni dapat sebijik DSLR (Digital Single-Lens Reflexs).

Raya tahun ni sibuk la menyenap macam2 gambar dan try pelbagai posisi. Still belajar function2 yang baru.


MyFamily Pangsenam...

Selamat Hari Raya