Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Aidilfitri kepada semua. Maaf atas segala kesalahan dan halalkan makan minum.

Monday, August 30, 2010

Dokong dan langsat...

Dokong dan langsat lebat sangat berbuah. Menjadi ngat kali ni.

Sedang memanjat langsat

Antara pokok langsat yang berbuah. Pokok langsat selalunya agak tinggi menjulang. Kena panjat jika nak ambik buahnya.

Wan, mak2 sedara dan sepupu sepapat datang ambik buah.

Ni dokong. Pokoknya rendah je. Buahnya boleh dicapai dengan tangan.

Friday, August 20, 2010

Majlis Konvokesyen Uniten...

Awal bulan ni ada mjlis konvokesyen Uniten kali ke 13 kat Uniten Bangi. Kali ni koi kene pegi wakil COBA untuk perarakan akademik.

Jubah untuk kakitangan akademik kaler itam n kosong takde jalur2. Mortar board sama je. Ni bergambo dah selesai kedua2 sesi, sblm pulangkan semula jubah.


Monday, August 16, 2010

Ralit...

Ingat tak power rangers bertopeng yang koi citer dalam posting dulu? Ha! ni lah power rangersnya. Secara esklusif, identitinya didedahkan.

Sedang ralit tengok Spongebob Squarepant sambil makan Mamee perisa ayam.


Juadah berbuka...

Dah 6 hari berpuasa. Alhamdulillah setakat ni masih belum berlaku pembaziran dan belum sakit perut. Kalau ikut pengalaman, tiap2 tahun mesti sakit perut sebab makan lauk beli di bazar ramadan.

Selalunya koi berbuka dengan sejenis lauk je. Kuih pulok kadang2 buat sendiri. Tadi buat cempedok goreng dan temosa. Lauk beli ikan patin kat kedai Muadzam. Air pulok Teh O je.

gambar hiasan

Teringat masa pose dulu2. Selalu ngat membazir. Dengan air tebunya, kuih-muihnya, murtabaknya... semua sebab rambang mata.

Tahun lepas koi guna konsep gilir2. Hari ni beli kuih popia je. Esok beli karipap. Lusa beli agar2. Begitulah seterusnya sampailah ramadan habis.

Tahun ni tak sempat sangat lagi meround pasar ramadan. Tengoklah ujung2 minggu ni. Rasanya kat Kontan ni ada pasar ramadan baru sebeloh giant.

Apa pun koi rasa belum terlambat lagi koi nok ucapkan salam ramadan kepada para pengunjung.




Tuesday, August 3, 2010

Melaka: Menara Tamingsari...

Minggu lepas koi sefamily gi Melaka. Koi tido kat umah adik koi 2 malam. Kat sana sempat la jalan2 sekitar Melaka. Banyok tempat boleh dilawati rupanya.

Tahun lepas koi datang berbengkel so tak dan nok berjalan. Kali ni datang bercuti. Menara Tamingsari merupakan antara tempat yang koi lawat.

Menara ni berputar 360 darjah sambil ia naik dan turun. Gambar atas ni masa tengah naik. Nampok kolam renang tu kenit je.

Atas ni ahli mesorat tingkap yang ikut rombongan. Tengah berbaris nak naik 'flying saurcer'. Sorang kena bayor RM10 bagi dewasa. Warga emas rasanya RM5. Kanok2 bawoh umur free.

Kalo datang Melaka, boleh lah naik Menara Tamingsari ni sbb kita boleh tengok view keseluruhan bandaraya Melaka.

Langkah pencegahan...

Dulu masa sibuk H1N1 penghujung tahun lepas, selalu jugak pakai topeng. Berjalan2 kat Kuala Lumpur pun pakai topeng. Tapi sekarang, walaupun H1N1 masih ada, topeng pun dah tak pakai dah. Menurut member koi yang kije kat HTAA, sepatutnya suspek la yg kena pakai supaya virus tak merebak. Bukannya org ramai. kita semua salah faham rupanya.

Thursday, July 29, 2010

Gotong-royong kat Masjid Pangsenam...

Aktiviti menyimen depan masjid kg. Pangsenam. Menyimen sorang je tapi yang hat numpang bergambor yang ramai, termasuk lah ayoh koi hehehe... ayoh koi yang ada beg gantung kat leher macam orang gi haji tu diapit oleh aki da (pangkat untuk panggilan koi)

Poll Piala Dunia 2010...

Tamat lama dah Piala Dunia 2010. Koi lupa nak close poll. Keputusan sebenar piala dunia ialah dimenangi oleh Sepanyol. Tahniah!

Tinjauan blog ni pulok menunjukkan 34% pengunjung memilih Brazil sebagai pemenang. Diikuti England (16%) dan Argentina (13%). Lain-lain pilihan ialah Sepanyol (9%), lain2 negara (4%) dan 2% bagi empat negara ni iaitu Ivory Coast, Portugal, Itali dan Afrika Selatan.

Nampaknya ramai masih menganggap Brazil pasukan pilihan. Ok, kita jumpa lagi di Piala Dunia yang seterusnya.

Friday, July 23, 2010

Patin Pangsenam...

Kat Kg. Pangsenam memang banyok orang ternok ikan patin. yang jual tepi jalan pun ande. Selalunya ikan ni di siang terus. Pelanggan kene la pilih dulu ikan mana yang dia nok. Hak besor atau hak kenit. Harga stended la tapi kalau kene gaya boleh mintok muroh sikit.

Ni salah seorang penternak ikan patin. Boleh lawat blog dia kalau nak wat tempahan banyok2. Klik je kat link atas tu.