Tuesday, June 10, 2008
Sudah Sampai...
Monday, June 9, 2008
Kena ubah gaya hidup lagi...
Pendek kata, semua gaya hidup kena ubah. Pasni, kalau naik lagi harga petrol dan diikuti oleh harga barangan lain, maka tak tau dah apa lagi yang perlu diubah. Terasa diri ini orang miskin walaupun pendapatan isirumah beribu2. Sekadar perbandingan:
Singapura harga petrol adalah RM5.20 seliter. Malaysia RM2.70 seliter. Tetapi pendapatan per kapita singapura setahun ialah RM106,000. Manakala pendapatan per kapita Malaysia RM21,500 setahun. Maknanya, purata pendapatan sebulan rakyat singapura adalah RM7500 manakala rakyat malaysia RM1500. Hmmm... nampaknye takde masalah la rakyat singapura nak berbelanja sebab gaji mereka mahal. Tak perlu lah mereka mengubah cara hidup.
Entah lah... harap2 segala ini akan berubah. Eh!... singapura bukan negara pengeluar minyak kan? Kenapa kita beria2 nak banding dengan dia...???
Pak Wan Saya
Semalam aku, pakdin oit dan zaman azam telah pergi ke kuala lumpur untuk melawat Pak Wan Saya di Hospital Ampang Puteri. Alhamdulillah dia telah dipindahkan dari ICU ke wad biasa. Beliau telah sedar cuma belum boleh bercakap lagi. Menurut doktor, beliau dijangka boleh keluar pada minggu hadapan.
Kami telah dibawa ke Ampang Puteri oleh Pak Yar yang telah menunggu kami. Jadi, mudah la sikit kerja kami... tak perlu lagi sesat tercari2 lokasi hospital ni. Selepas melawat pak wan, kami telah dibawa bersiar2 oleh pak yar dan mat addie. Mereka la belanja kami. Tengahari makan nasik ayam kat melawati... depa la belanja. Petang pulak minum kat Dome KLCC... 5 orang kena RM84!!!... takpe, pak ya gak belanja (TQ pak yar... org kije petronas bonus 5 bulan... hehehe).
Kami doakan semoga pak wan saya cepat sembuh. Untuk pak yar n mat addie, terima kasih kerana entertain kami disana.
Friday, June 6, 2008
Selingan Sekejap
Tapi sekarang dah tak aktif dah. Gedik masih lagi aktif. Maybe dapat la dia naik pangkat nanti. Gambar bawah ni masa kat markas palapes dulu. Baju no. 3. Masa tu 2 'balak' lagi kat bahu, kompeni wirawangsa. Ada abang misai kat tengah tu... satu platun ngan aku. Kamal pun ada tapi dia platun lain.
Gambar bawah ni plak masa dalam latihan kat PULADA. Berehat kejap kat tepi pantai. Aku yang duk menunduk pegang weapon tu. Masa ni dah tahun 3... 3 balak la atas bahu.
Ni plak berposing sebelum masuk baris. Ni nak tauliah dah ni. Pasni pakai satu paku atas bahu.Perbarisan ni kat padang kawad UiTM shah alam. Pihak dia jadi tuan rumah pulak.
Apa pun, memang seronok masuk palapes. Teringat kat kawan2 masa sama2 menggali kubu, mara, buat serangan, buat pertahanan, pt pagi, tauliah dan lain2 lagi.Thursday, June 5, 2008
Hasil Rambutan
Hasil Dokong
Hasil yang di bawa balik selepas memetik. Baru sepokok tu. Tu pun tak abis lagi petik. Pokok dokong ada dalam 20 batang. Duku johor ada 2. Duku ada 5 batang. Langsat berbatang2.
Dalam beg galas adik saya tu pun ada gak buah. Tu buah yang terpilih, paling molek. Buah2 ni kami adik beradik pakat2 bawak balik utk bagi kawan2 rasa, bagi kat mentua, jiran2 dll. Mudah-mudahan dapat keberkatan dan pokok ni rajin lagi berbuah.
Wednesday, June 4, 2008
ADUHAI UMMAH
Selama mana kita akan bertitip tanpa nota,
menulis ayat jijik dan durja,
mencakar jiwa sang pencinta,
menepis ilmu manfaat bersama...
...membuatkan yang baru, lari berbatu,
...membuat yang lama, gundah kecewa...
kerana tidak menyangka... siapakah yang mengisi ruang persada...
beginikah rupanya...
kita sama dari pondok hikmah yang satu...
mungkin haluan kita berbeza...
atau mungkin kita bertingkah minda...
juga mungkin berbeza harta...
tak sama di jiwa, berbeza di minda...
Namun jangan kita kotorkan jiwa...
lebih hina mencalitkan noda kepada ummah dan bangsa...
Selama mana.... sampai bila... kita harus begini...
Ingatlah....
Kita ini cuma HAMBA... tiada yang lebih utama... hanya ALLAH semata.
Hantar pergi Umrah
Beberapa orang kampung bergambar setelah selesai sembahyang asar. Semua berkumpul nak menghantar dan mengucapkan selamat kepada Haji Abd. Hamid yang akan ke Tanah suci Mekah mengerjakan umrah.
Kanan sekali tu saudara Naban yang kisahnya telah dipaparkan dalam tulisan lepas. Sesiapa yang nak madu lebah asli, boleh tempah. Saudara Naban boleh carikan. Sebotol besar RM60.
No 3 dari kanan tu adalah saudara Salam. Dia ni ada bisnes sendiri. Kalau sesiapa yang biasa ke pekan sehari temerloh setiap ahad, dia ada menjual air tebu kat pintu arah dari stadium temerloh. Bulan puasa pun dia menjual di situ.
No 4 dari kanan tu merupakan tok imam merangkap tukang sembelih. No 3 dari kiri plak merupakan tok siak masjid pangsenam.
Majlis Korban
Yang berserban putih sebelah kiri tu merupakan penyembelih veteren di kampung pangsenam. Yang berkopiah putih dan berbaju melayu ungu tu sedang mengisytiharkan nama peserta korban untuk kerbau yang akan disembelih.
Bismillahirahmanirahim... Allhuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar.... (Takbir raya). Semoga semua peserta korban kali ini beroleh keberkatan dari Allah.
Tukang tonton memang ramai. Yang berbaju melayu dan bersongkok hitam tu baru lepas ambil gambar.
Banjir di Pangsenam
Sempat lagi beberapa penduduk menjual hasil tanaman di atas jalanraya. Ada yang menjual labu, ikan sungai, lada, rebung dan lain lagi hasil kampung.
Bantuan yang dihantar oleh pihak berkuasa kepada mangsa banjir. Ada beras, biskut, sardin, susu, gula dan garam. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.