Tuesday, March 15, 2016

Berbasikal di Zhuhai...

Di Zhuhai saya sempat berbasikal sikit. Di sini ada lorong khas untuk penunggang basikal dan pejalan kaki. Malaysia patut buat macam ni sebab penunggang basikal tak perlu lagi berbasikal di jalanraya.
Basikal ni harga RMB32000

Ada macam2 jenis basikal kat sini

Ni lorong basikal... kita boleh jalan kaki juga.

Lorong basikal dan jalan kaki yang luas. Sepanjang lorong basikal ni batang pokok akan di cat putih

Monday, March 14, 2016

Banyak buah limau jual kat sini...

Walaupun raya cina dah lepas tapi buah limau masih banyak dijual di sekitar Tiang Jia, Zhuhai. Pelbagai size dan manis rasanya.
harganya pun murah

macam2 ada...

pilih buah limau yang boleh dimakan dengan kulit

rambutan pun ada tapi dah kecut...

Thursday, March 10, 2016

Melawat Agri Paradise Zhuhai...

Pada hari pertama di Zhuhai, kami gi melawat agri Paradise selepas sarapan di bilik hotel. Masak Nasik lemak sendiri je.
Kene beli tiket kat sini RMB30 seorang. Kira2 RM20 duit Malaysia.

Kat sini kira macam Mardi di Cameron Highland la...

Tempat pertama kami tuju ialah rumah hijau labu besar...

Ada juga terung... mcm di Malaysia je

Ni labu betul ni

Bergolek labu ni... besar2 pulak tu

Labu air...

Ni limau

Keledek dia tanam dalam pasu dan gantung...

disini ada juga pameran binatang...
Lebih 2 jam kami berada disini. Tak terasa letih kerana cuaca yang sejuk. Pada masa ni suhu lebih kurang 15 darjah selsius.

Wednesday, March 9, 2016

Naik kereta Formula 1...

Masa kat Zhuhai saya berkesempatan dan berpeluang menaiki kereta Formula 1 di Zhuhai International Circuit. Abang saya berkerja di situ, so dapatlah dia arrangekan sesi menaiki kereta lumba ni.
signboard kat situ

saya dah ready untuk 2 lap yang tak dapat dilupakan

abang saya dah pasangkan talipinggang keselamatan

kereta ni memang khas dibuat 2 seat. Pemandu professional akan bawa supaya kita dapat rasa pengalaman berada dalam kereta f1. Pemandu ni namanya Radolfo.


Bergambar bersama pemandu

sekitar litar

dah abis 2 laps

kawasan litar jalan lurus

Sunday, March 6, 2016

Dinner dgn mee tarik di restoran cina muslim...

Di belakang hotel kami ada restoren cina muslim. So, pada malam tu kami makan malam disini. Boleh kami makan mee tarik.

Menu yg ada

Tao Siaw Mey

Lamin
Telur dadar dan daging masak sejuk
Mee di tarik dan dimasukkan ke dalam sup utk direbus
Proses menarik mee...

Friday, March 4, 2016

Ziarah Abang di Zhuhai...

Saya telah ke Zhuhai pada 27 Feb 2016 hingga 1 Mac 2016. Ni kunjungan pertama saya ke Negara China.
 
 KLIA2 ke Macau International Airport.
 
 Sampai di Macau International Airport. Perjalanan Flight dari KL ke Macau lebih kurang 4 jam. Dari Airport Macau kami naik teksi ke border untuk masuk ke China.
 
 Beratur untuk cop imegresen.
 
 Tunggu teksi untuk ke Tiang Jia