Thursday, October 2, 2014

Rabu: Perjalanan pulang... selamat tinggal Mekah...

Suasana di airport Jeddah
 Pagi rabu sebelum subuh, kami telah menuju ke masjidil haram untuk membuat tawaf wida'. Apabila selesai tawaf wida' kami terus berjalan pulang ke hotel.., sedih rasa semasa meninggalkan Masjidilharam.
 
Kami dikehendaki menunggu di lobi hotel pada pukul 10 pagi.
Beg2 kami bersusun2

Dalam kapalterbang Saudi Airline

Dah sampai di KLIA... perjalanan lebih kurang 6 jam.
"Semoga dikurniakan umrah yang mabrur dan diberi kesempatan lagi untuk menjejakan kaki di bumi Mekah dan Madinah"

Selasa: Hari taklimat dan santai...

Taklimat diberikan Ustaz
 Pada pagi selasa, kami berkumpul untuk taklimat perjalanan pulang ke Malaysia. kami dinasihatkan untuk membuat tawaf Wida'. Tawaf Wida' merupakan tawaf selamat tinggal yang dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.

Saya merancang untuk membuat tawaf Wida' sebelum subuh pada pagi esok.
Selepas taklimat, kami bersantai2 sekitar Mekah sambil memberi burung merpati makan

Banyak burung berebut2 makan kacang yang kami beri...

Isnin: Umrah ketiga...

Selepas tawaf dan solat sunat.
 Selepas melawat muzium, kami terus kembali ke bilik hotel di Mekah. Selepas Zohor, kami terus melakukan ibadah umrah kali ketiga.
 
Semoga dapat kembali lagi untuk mengerjakan haji dan umrah...

Berehat sebentar semasa sai... sambil menunggu solat asar.

 Kawasan sai
Meneruskan baki sai selepas solat asar