Thursday, November 28, 2013

Nagka berbuah di akar...

Ada warga pangsenam mempunya pokok nangka yang berbuah kat akar. Ini gambar yang dia tunjukkan.
Buah nangka menjulur keluar dari akar

Ayat untuk ubat sakit kepala...

Boleh amalkan baca ayat ni untuk mengelak sakit kepala insyaAllah

Wednesday, November 20, 2013

Memandu...

Memandu ke Temerloh menghadiri mesyuarat koperasi

Thursday, November 7, 2013

Piala Malaysia 2013: Pahang 1 - 0 Kelantan...

Tahniah Pahang kerana memenangi Piala Malaysia 2013. Saya juga berada di stadium Shah Alam. Setelah sekian lama menanti, alhamdulillah. Seronok rasanya.

Diluar stadium

Suasana dalam stadium

Pahang dah menang
Semoga tahun depan Pahang menang lagi...

Thursday, October 31, 2013

Komik lama karya Man. S...

Ini pula komik lama karya Man. S. Ia juga diterbitkan oleh penerbitan Media seni. Harganya tetap 70 sen. Saya rasa komik2 sekitar tahun 80an memang berharga kurang RM1.

Komik bertajuk Pendekar Jakpo
 

Komik tajuk De' Man dalam episod Menentang Si Robot
 

Wednesday, October 30, 2013

Komik lama karya Man Hassan...

Kita masih lagi bercerita tentang komik2 lama. Semua ni ada dalam simpanan saya. Kali ni saya ketengahkan 2 komik yang dilukis oleh kartunis Man Hassan. Ia juga diterbitkan oleh Penerbitan Media seni. Harganya ialah 70 sen.

Komik bertajuk Koboi Malaysia. Kerbau pun pakai kasut...

Ni pulok komik siri penyia$at gila. Tajuknya ialah Awang Pong. Harga komik ni pun doh diskaun jadi 50 sen. Harga asal 70 sen.
Sekarang saya hanya paparkan cover komik sahaja. Nanti saya akan scan pula ceritanya dan upload kat blog ni supaya ramai boleh membacanya terutama yang hidup sezaman dengan saya.

Tuesday, October 29, 2013

Komik karya Rasyid Asmawi...

Kali ini kita lihat pula dalam simpanan saya komik yang dihasilkan oleh kartunis Rasyid Asmawi. Beliau merupakan salah seorang kartunis majalah Gila-Gila. Ini mungkin merupakan antara karya awal beliau dalam bentuk komik.

Komik ini diterbitkan oleh penerbitan Mediaseni. Harganya ialah 70sen.

Komik tema combat. Tajuk Operasi Di Port Weld. Watak Utama ialah Spy Kulub.

Ni pulok komik tajuk Pil Kuat. Watak utama ialah Professor Leman
Ada 2 je dalam simpanan saya komik lama karya Rasyid Asmawi ni. Teringat masa kecik2 baca komik ni...

Komik Indiana Jong karya Pot Jr...

Komik lama ini juga berada dalam simpanan saya. Tajuknya ialah Indiana Jong 1 dan Indiana Jong 2. Ceritanya ala2 cerita wayang Indiana Jones... kisah pengembaraan.

Komik ini merupakan karya kartunis Pot Jr dan diterbitkan oleh Penerbitan Mediaseni. Harganya pada masa tu 70 sen.

Indiana Jong 1

Indiana Jong 2, sambungan Indiana Jong 1 dalam episod mati katak.

Sekarang saya dalam proses menyimpan komik2 ini dengan cara yang selamat. Kertas2nya sudah agak berusia. Bagi mereka yang zaman kanak2nya sama dengan saya mungkin pernah membaca komik2 ini.


Monday, October 28, 2013

Koleksi Wak Dojer...

Saya ada beberapa komik lama Wak Dojer dalam simpanan saya. Dulu harganya 70 sen sahaja. Ia amat popular sekitar tahun 80an. Komik ini merupakan karya Hussain Sa'ad. Diterbit oleh Media Seni.
Wak Dojer dengan tajuk Untung Sabut Timbul

Hilang gelap timbul terang

Kalau Bulan menjadi dua

Ini sahaja yang tinggal dalam simpanan saya. Ia pun sudah hampir reput dimamah usia.


Friday, October 18, 2013

Mengundi dulu2 di Pangsenam...

Ni jalan masuk ke Kg. Padang Kerbau.

Thursday, October 17, 2013

Tukar kepada VW Polo Sedan...

Bulan lepas ambil kereta baru. Try pakai kereta eropah pulok. Dah sebulan lebih pakai. Milage doh hampir 10000km. 

Kat tempat delivery bay masa nok ambik kete.

Siap ada notis pulok

Thursday, October 10, 2013

Dapat cabutan bertuah di dinner IEBMC 2013...

Masa dinner IEBMC diadakan cabutan bertuah. Ada 37 barang untuk dimenangi termasuklah tv sony 32 inci, samsung tablet, handphone, alat elektrik dan sebagainya. Saya hanya dapat hamper, alhamdulillah...
Ambik hadiah

kawan2 lain pun dapat


Monday, October 7, 2013

IEBMC 2013...

 Barisan x shahputra yg berkhidmat di uniten
Fahmi sedang present paper



Tuesday, September 24, 2013

Majlis pemakaian pangkat...

Sebelum pemakaian pangkat. 
 Angkat sumpah selepas pemakaian pangkat oleh Tengku Mahkota Pahang
Selepas pemakaian pangkat

Wednesday, September 18, 2013

Pokok tumbang...

 Semalam on tne way balik dari Muadzam tiba2 nampak pokok tumbang merentangi jalan. Nasib baik sempat brek. Gambar atas tu beberapa saat lepas tumbang. Sorang drebar lori belakang saya tengah cek keadaan pokok.
 Pengguna jalan raya sedang berbincang macammana nak buat dengan pokok ni. Nasib baik ada lori balak dari arah Kuantan. Lori tu la yang menarik pokok ni. Sejam juga la sangkut kat sini.

Friday, August 30, 2013

Sudah menghampiri 230, 000km...

Sudah menghampiri 230,000km setelah 3 tahun pakai.
Terima Kasih...

Thursday, August 29, 2013

Perasmian Book Corner...


Saya ada menguruskan book corner di blok akademik. Semalam ada dibuat majlis perasmian secara ringkas oleh Dato' TNC. Kelihatan dalam gambar Ketua Projek Book Corner En. Sukimang sedang mengalu2kan Dato' TNC dan Dekan.

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Hari Raya 6...

Saya mengucapkan selamat hari raya puasa 6 kepada yang telah selesai berpuasa 6 hari bulan syawal.

Ni gambar raya keluarga belah mak saya. Tapi tak semua ada pada masa ni. Yang kenit2 duduk depan tu semua pangkat sepupu saya. Kebanyakkan sepupu sepapat saya belah mak saya semuanya masih belajar. Kami 5 beradik ni jelah yang tua2.

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini.

Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, July 10, 2013

Puasa 1st day...

Setiap amalan anak Adam itu adalah (pahala) baginya, kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya.

Hadis Riwayat Bukhari

Tuesday, July 9, 2013

Selamat berpuasa 2013...

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga amalan pada ramadan kali ini lagi baik dari sebelumnya.

Wednesday, July 3, 2013

Tarikh Melihat Anak Bulan...

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

•Pontian Kecil, Johor;

•Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

•Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

•Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;

•Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;

•Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

•Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;

•Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

•Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;

•Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;

•Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;

•Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

•Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

•Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

•Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

•Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;

•Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

•Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;

•Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;

•Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

•Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;

•Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

•Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;

•Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

•Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

•Menara Kuala Lumpur;

•Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan

•Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

- Bernama

Wednesday, June 12, 2013

Kembali menyarung loreng...

 Semalam saya kembali menyarung loreng. Sebenarnya semalam ada majlis pemakain pangkat di Hutan Simpan Bukit Galing oleh Lt. kol datuk seri tengku Kamarulzaman. Oleh sebab ada masalah yg tidak dapat dielakkan, maka majlis tersebut ditunda.
Namun begitu, saya tetap berada dilokasi untuk melihat majlis penamat kursus asas perajurit muda polisas.

Friday, June 7, 2013

Beli Kuih di Terengganu...

 Atas ni kuih bahulu. Beli kat area dungun masa on the way balik Kuantan. Cantik cara dia masak.
Ni pulok kuih bakor.  Memang banyok jenis kuih yang dijual di gerai tepi jalan ni. Lepas je bandor dungun, ready la nok berenti beloh kiri dekat selekoh. Dari jauh nampok berasap je hasil pembakaran sabut.

Sape rasa nok beli kuih citarasa ganu, boleh singgoh sini. Pelbagai jenis kuih boleh dipilih.

Thursday, June 6, 2013

Bercuti di Terengganu...

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Terengganu. Mula2 bertolak ke Kemaman pada hari Jumaat dan tido di rumah rehat bank Rakyat. Malam tu BBQ ikan dan ayam.

Kemudian, pagi sabtu bertolak pula ke Kuala Terengganu dan tido di Homestay di Batu Buruk selama 2 malam. Gambar diatas semasa kami nak bertolak ke Kuala terengganu. lokasinya didepan rumah rehat Bank Rakyat.

Friday, May 10, 2013

Saya telah mengundi...

Calitan dakwat dijari saya membuktikan saya telah mengundi.

Sekitar pilihanraya ke 13 Kg. Pangsenam...

 Jalan ke tempat mengundi
 Bendera PAS dan BN
 Calon BN
 Calon PAS
Calon BN Dato' Saifuddin datang melawat