Wednesday, November 28, 2012

Prosis...

 Khamis minggu lepas (22hb Nov) ada program Prosis iaitu singkatan bagi Program Siswa Sihat. Program ini menggalakkan warga UNITEN termasuk pensyarah untuk berjalan kaki dari gate ke pejabat. Fuh! penat hari tu berjalan.
 Sepanjang jalan tu ada la papan2 tanda berisi maklumat kesihatan jika kita berjalan 10,000 langkah sehari.
Mungkin disebabkan lemak yang banyak, sukiman tertinggal di belakang ditemani Nick hehehe... Nampak tak bangunan sayup2 belakang tu? Dari situ kami berjalan. Ni baru 1/3 perjalanan. Ada lagi 2/3 perjalanan nak berjalan kaki.

Modul pertama...

Ni rupanya modul pertama saya. Saya ada tulis beberapa chapter dalam ni. Ditulis bersama dengan ahli2 jabatan yang lain. Rasa bangga pulak bila dah ada modul ni walaupun menulis ramai2.

Tuesday, November 27, 2012

Melukis di Bengkel...

 Masa Bengkel kat Bukit Gambang minggu lepas saya rasa jemu. Maklumlah bengkelnya 3 hari 2 malam. Bengkel tentang research dan review silibus. Untuk hilangkan rasa jemu, saya melukislah sikit2 orang yang duduk kat depan saya hehehehe...

Atas ni MekZue...
 Ni Zoul hehehe...
Ni pulak Prof Ramayanah hehehehe...

Entah lah... ada gaya ropa mereka ke tak hehehehe...

Monday, November 26, 2012

Musang King...

 
Sape pernah makan musang king? Ni lah rupa durian musang king. Isinya kuning. Bijinya sepet. Teksturnya lembut. Harganya sekarang dalam lingkungan RM13 sekilo. Kalau yang sedang2 tu boleh lah nego RM10 sebiji. Rasanya ada pahit2 sikit. Masa kat bukit gambang dulu ada member2 kenduri durian ni sampai pening kepala sebab darah naik. 

Wednesday, November 21, 2012

Durian lagi...

 Durian yg gugur tu kita kutip dan kumpulkan di sudut rumah kat dapur. Nanti nak makan boleh kita belah. Yang dah tersengih tu kita buat tempoyok.
Yg ni tak kuning sangat. Tapi isinya sedap dan tebal. Balik baru ni buat crepe durian (popular pulak sekarang).

Tuesday, November 20, 2012

Penutup longkang...

 Masa gi ke pasar malam lalu kat birai jalan. tengok penutup longkang dah takde. Nampak macam dah lama takde, tak berganti. Sapelah yang curik penutup lonngkang ni ya?
Hampir semua penutup longkang ni takde. Kalau bebudok jatuh dalam tu, mau luka2. Semoga pencuri ni insaf dan tak mencuri lagi.

Monday, November 19, 2012

Durian dah gugur...

 Balik kampung kali ni makan durian. Durian dah gugur. Ni sebijik gugur.
 Sini sebijik...
Ni belum gugur. Rendah je, hari2 cium kalau dah ada bau petik je lah...

Ahmad Al Khawarizmi...

Anak sedara baru. Dah dekat 50 hari usianya

Thursday, November 8, 2012

Makan di hotel...

 Malam kedua tidur kat hotel tiba2 suki nak order makanan anto ke bilik. Dia nak belanja. So, saya pilih Nasik Goreng Pak Mail dan soft drink je. Tu je yg paling murah.
 Nasik goreng RM11. Air coke RM5.50. hehehe... suki belanja
Bon appetit!!!

Wednesday, November 7, 2012

Konvokesyen Uniten ke 15...

 Sekali lagi tahun ni kene bertugas masa konvokesyen uniten ke 15. Bertugas sebagai wakil department masa perarakan akademik. Nampak gambar diatas Zoul dan Suki beratur sebelum masuk dewan.
 Nick, Puzah, Zue n Fara pun beratur belakang Zoul. Kami kene beratur dalam satu baris untuk duduk berdekatan. Kalau tak nanti member2 duduk barisan belah lain dalam dewan.
 Kat pintu masuk dah. Gamelan dah berbunyi untuk perarakan
 Majlis sedang berlangsung. Lama juga duduk tengok student ambik scroll. Kadang2 tergelak juga bila liha student tergelecok. Kes pakai kasut tumit tinggi dan gabra.
Jemu menunggu tu ada juga yang bersuweh2 dengan ipad, ipod, samsung dll. Saya n sukimang bawak buku membaca tapi mengantuk pulok...

Tuesday, November 6, 2012

Anugerah industri graduan...

 Sebelum konvo, ada satu dinner untuk menghargai pelajar cemerlang. Ia diadakan di hotel Equatorial Bangi. Saya kene hadiri majlis ni. Bergegas saya bertolak ke Bangi pada tengahari khamis bersama sukimang.
 Ni menu pencuci mulut. Manis rasanya. Selalunya kita cuci mulut dengan air dan lap dengan tisu.
Kene pakai batik malam tu atau baju kebangsaan. Saya pakai baju batik lama yg dibeli masa kat sahputra dulu. Masih padan lagi...