Saya ada membaca dua buku ni iaitu tajuknya I want to be a writer. Saya tak pandai sangat menulis tapi selalu juga membaca buku2 tentang nak jadi penulis. Manalah tau satu masa nanti bila pencen terus jadi penulis sepenuh masa.
Yang ni pulak buku bertajuk Teori dan Teknik Terjemahan. Maknanya kalau kita berminat nak terjemahkan buku bahasa asing ke bahasa melayu, bolehlah baca buku ni dulu.
Bagi saya, cara yang paling bagus untuk menyebarkan ilmu bangsa asing dikalangan bangsa kita ialah salah satu caranya ialah kita terjemah buku dia ke dalam bahasa kita. Kita belajar pandai2 bahasa inggeris atau apa2 bahasa sekalipun pastu kita terjemahkan buku mereka ke dalam bahasa kita. Kan molek tu..., tak gitu? Ke kene ajor dalam bahasa inggeris?