Wednesday, February 29, 2012

Masa Matrik...

Ni gambar saya masa kat matrik UUM. Masa ni tahun 1993 iaitu kira2 19 tahun nan lalu. Jarang dah jumpa mereka ni. Nasib baik ada FB, boleh juga tau perkembangan mereka. Yang selalu saya jumpa ialah yang paling tinggi dalam gambar ni iaitu Cok Dang (nama glamer, saya tau sejarah nama ni).


p/s: saya tak pasti sama ada gambar ni pernah di posting atau tak dalam blog ni

Wednesday, February 22, 2012

Lada kecik...

Kat keliling rumah dan kebun2 kat kampung banyok tanam lada. Tanam gitu2 je... tenyeh2 bijik atas tanoh. Subur juga tumbuhnya. Banyok pulok buohnya. Tak terabis nok makan.
Kalau banyok sangat, petang sabtu Mok kutip dan pada malamnya ponjot dalam plastik. Esok boleh suh orang jualkan kat Pekan Sari Temerloh yang femes tu. Seplastik jual RM2. Abis beli dek orang. Hari2 biasa pulok kalau banyok sangat, letok kat gerai patin je..., abis juga orang beli.

Tuesday, February 21, 2012

Daging salai masok lemok cili api...

Daging korban tiap2 tahun selalunya kami salaikan supaya tahan lama. Dalam pada tu sebenarnya, daging salai ni sedap masok lemok cili api. Resepinya mudoh je. Try la tiru...
Daging salai kita rebus sampai empuk..., campokkan sekali daun limau purut.
Bahan2 ni seperti lada serai, kunyit dll kita tumbuk sekali
Campok dalam periuk. Bawang pulok, kita hiris je
Pas isi santan, kita kecikkan api dan bior sampai masok.

Monday, February 20, 2012

Roti celup telur...

Saya ada juga try buat roti celup telur dangoreng atas kuali. Senang je..., Mula2 kocok telur, isi garam siket. Pastu roti tu kita celup dalam telur ni. Dah celup, goreng atas kuali roti canai. Isi la minyak siket. Dah hitam tu angkat terus makan.

Sunday, February 19, 2012

Limau purut...

Ni rupa limau purut yang daunnya orang letak dalam tom yam. Bila muda, limau ni kaler hijau. Dah tua dia berukar ke kaler kuning. Limau yang ni luar biasa besarnya. saje je letak sebelah minyak gamat tu supaya boleh banding kebesarannya. Besar penumbuk juga buahnya...

Thursday, February 16, 2012

Peria katak...

Ni lah peria katak. Rasanya pahit. Selalunya orang buat ulam atau sayur.

Kat kampung memang banyak peria ni, tak termakan. Selalunya hari Sabtu mak akan ponjot peria ni dan mintak orang tolong jualkan kat pekan sari Temerloh. Seponjot 5 biji dijual RM1. Abis laku beli dek orang.

Wednesday, February 15, 2012

Wak Ketang tido...

Ni gaya biasa...
Wak Ketang dah mengeliat...
lena sungguh tido...
sedap betul...

Tuesday, February 14, 2012

Barang kedai 1 Malaysia...


Saya ada juga beli barang2 jenama 1 Malaysia. Ok juga barangnya. Ada tepung gandum, sabun basuh pinggan, sabun mandi dll. Kalau kat Kuantan ni memang ada kedai 1 Malaysia. Kat Mydin pun kita boleh beli produk 1 Malaysia ni. Memang murah...

Saturday, February 4, 2012

10 tahun dulu...

Saya dah menceburi bidang ajar mengajar ni lebih dari 10 tahun. Saya start mengajar pada tahun 2001 di Kolej Shahputra. Gambar diatas adalah saya dan rakan pensyarah lain bergambar dengan student matrik di shahputra. Masa ni saya baru setahun mengajar dan naif lagi.


Entah dimana student2 saya sekarang ni...

Friday, February 3, 2012

Side table IKEA...

Saya ada beli side table IKEA. Selalunya kalau kita beli produk terutama rak dari IKEA, kita kena pasang sendiri. Namun, cara pasangnya tidaklah sesukar mana. IKEA pun memang ada sertakan sekali tools nya. Saya cuba lekat2 dulu part2 yang ada. Takut tersalah pasang.
Bila dah ok dan puas hati, barulah skrukan dia


dah siap! RM59.90

Thursday, February 2, 2012

Chicken Chop...

Pernah tak makan chicken chop? Saya kerap juga makan makanan ni di sekitar Kuantan. Kata orang, ni makanan western.


Ni chicken chop kat Jungle Foodcourt. Saya rasa, kat area Kuantan, ni antara chicken chop yang sedap di tekak saya. Harganya pun standard lah dalam RM10 sepinggan.


Kalau nak merasa Chicken Chop kat Kuantan ni, boleh la datang kat Jungle Foodcourt nih.

Tasuk biru...

Di Bukit Ibam ni ada tasik yang airnya berwarna biru. Saya sempat juga kesana waktu2 free cuti semester bersama rakan2.


Saya rasa kalau betul cara war2 oleh pihak berwajib, mungkin tempat ini boleh jadi tempat tarikan pelancong. Cuba bayangkan kat tasik tu org ramai bermain jet ski, berkayak atau main bot kawalan laju...