Tuesday, January 31, 2012

Hadiah beli cat...

Tahun lepas saya ada operasi mengecat dapur rumah. Saya ada beli beberapa tin cat jenama Colourland. Rupa2nya ada Bonanza Buka dan Menang dalam tin cat tu. Dia letak satu sampul plastik dalam cat.
Bila kita bukak plastik tu, ada duit RM3. Boleh lah buat beli berus cat hehehe...

Monday, January 30, 2012

Bera...

Kat tebing sungai Pahang akan ada papan tanda nama daerah di Pahang, kecuali daerah yang tak dilalui oleh sungai Pahang.

Yang ni kat area Bera. Boleh lihat tulisan ni jika menghala ke Triang dari Temerloh. Masa gambar ni diambil, cuaca agak berjerubu.

Bandar utama di daerah Bera ialah bandar Bera dan bandar Triang. Di daerah Bera ada Tasik Bera iaitu tasik semulajadi dan dilindungi.

Kalau ada masa, datang2 la ke Bera ni. Kalau lalu kat Kg. Pangsenam, singgohla beli ikan Patin yak!

Sunday, January 29, 2012

Selesanya tido...

Ni kucing anak sedara saya di Melaka. Namanya Pak Tam. Ni dia tengah tido.
Lena sungguh dia tido dalam raga basikal.

Saturday, January 28, 2012

Bunga kantan...


Sekeliling rumah saya kat kampung banyak pokok bunga kantan. Selalunya bunga kantan ni masok dengan ikan patin gulai tempoyok. Mak saya selalu juga letak bunga kantan ni kat gerai patin tepi jalan. Sekuntum harga dia RM1 rasanya.

Friday, January 27, 2012

Teko Bunga padi...

Ni teko mak saya punya. Teko ni teko lama. Orang kabo corak ni namanya bunga padi. Tinggal teko ni sahaja sekarang. Mak saya kabo, cawan n piring set teko ni semua dah pecah.

Try juga google nak tengok harga teko ni. RM70 juga rupanya sekarang

Thursday, January 26, 2012

Pancake + Nisan Kabung...

Cuti raya cina makan pancake dengan Nisan kabung. Nisan kabung ni buat sendiri. Pancake pulak kakak dah bancuh dari rumah. Kat kampung cuma masakkannya sahaja.

Selalunya pancake orang makan dengan madu atau peanut butter. Makan dengan nisan kabung pun sedap. Boleh la try buat kat rumah. Mudah je...

Wednesday, January 25, 2012

Mengkudu Masak...


"Errr... tuanku, dayang bertiga ni untuk patik bertiga tuanku?"


"Ya, itu lah dia..., tak cantik kah datuk Laksamana?"


"Cantik tuanku..., macam MENGKUDU MASAK, ampun tuanku..." (Sambil terus berlari keluar)

Tuesday, January 24, 2012

Kucing kutip...

Ni kutip juga. Kutip kat Kuantan. Kecik lagi. Namanya Garfield. Masa kutip kurus kering.

Sunday, January 22, 2012

Kucing baru...

Balik kg cuti raya cina ni tengok ada lagi kucing baru kat kampung. Kali ni kaler putih tompok hitam. Jantan juga. Namanya Wak Ketung.


Kucing ni kutip juga, kutip kat kedai makan kat bandar. Kesian kat dia. Lemoh sangat mcm tak cukup zat je. Sekarang dia boleh geng dengan Wak Ketang.

Thursday, January 19, 2012

Beli buku...

Saya ada beli buku dari http://madieraprelovedbooks.blogspot.com/. Dah sampai pun bukunya hari Selasa nan lalu. Kat blog tu ada jual buku terpakai tetapi masih berkualiti dan harga yang berpatutan. Banyak buku kat situ. So, jenguk2 lah untuk membelinya.

Tuesday, January 17, 2012

The Legend Resort Cherating...

Minggu lepas saya berbengkel di The Legend Resort kat Cherating. Tak jauh sangat, kira2 20KM dari bandar Kuantan menghala ke Kemaman.
Bilik yang agak luas tapi tv lama.
Bilik air bersih dan selesa
Makanan sedap. Malam tu makan nasik, telur dadar, mutton, ayam dan sayur.
ada sijil halal

boleh mandi kolam
ombak kuat musim tengkujuh
tak boleh mandi laut... bendera merah

Monday, January 16, 2012

Berbengkel...


Bila habis je berbengkel, maka nak la bergambar ramai2. Ni antara peserta yang tinggal untuk bergambar. Kelihatan dalam gambar tu ada TNC, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Pengarah Projek, AJK dan para pensyarah serta tutor.

Saturday, January 14, 2012

Bengkel OBE...

Hari ni start bengkel tentang OBE (Outcome base Education) kat The Legend Resort, Cherating. Majoriti lecturer dan tutor Uniten Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam telah menghadirkan diri. OBE ni penting dan ia merupakan keperluan bagi setiap subjek yang ada ditawarkan di universiti. Sebabnya, kita mahu menghasilkan pelajar yang bersesuaian dengan visi dan misi universiti. Apa yang perlu dititik beratkan ialah course outcome dan learning outcome.
Peserta khusyuk mendengar ceramah.

Thursday, January 5, 2012

Kucing-kucing kampung...

Di kampung saya ada beberapa ekor kucing. Kadang2 suka tengok gelagatnya. Yang ni namanya Wak Ketang. Jantan dan kecik lagi. Baru kutip kat masjid Pangsenam.
Yang ni namanya Meroh. Suka tido dalam kotak. Malam2 selalu ngiau memanggil adik dia yang dah mati. Rapat sangat dia dengan adik dia.