Friday, September 30, 2011

Rejimen Askar Wataniah

Adakah anda seorang warganegara Malaysia dan berminat untuk menyertai sukarela/sukarelawati dalam angkatan tentera darat Malaysia?


Sertailah askar Wataniah sekarang. Syarat2nya mudoh je:


Umur 18 - 40 tahun, Lelaki dan wanita boleh join, tubuh badan sihat walafiat, kelayakan akademi darjah 6 - ijazah... seme boleh, membaca dan menulis semstinya boleh, takde rekod jenayah dan minat dengan aktiviti tentera. Yang pakai spek juga boleh memohon.


Moh kita berkhidmat kepada negara kita secara sukarela dan sukahati.


Wednesday, September 28, 2011

Ha! Ha! Ha!...

Ni gambor lama. Jumpa dalam album lama, terus scan. Rasa kelakor pulok bila tengok gambor ni. Kami 5 beradik je. Masa kecik2 rasa ramai sangat dah. Bila dah besor, rasa tak ramai pun.


Rasanya gambor ni dah cecah 30 tahun usianya. Tikor getoh tu masih ada lagi kat kg tapi dah kelabu. Alas meja kaler oren belah kanan tu pun masih ada. Gambor yang tergantung kat dinding tu pun masih ada cuma bingkainya dah reput. Kaset2 kat belebas belakang tu ada yang masih ada. Kucing kat sebelah kiri tu dah lama mati.


Gambor ni diambil di Sekolah Membalok kat kg. Belimbing.


Kelakor... hehehe...

Monday, September 26, 2011

Sekitar Raya Puasa 2011 di Mesjid Pangsenam...

Tahun ni ramai yang bersembahyang sunat aidilfitri di Mesjid Pangsenam. Sempat jugek koi merakam suasana raya di Mesjid. Pas je abis khutboh, koi keluar ke kereta nok amik kamera. Masa semayang koi dok bawok kamera. Jemaah keluar sekejap selepas sembahyang sunat.
Semua menunggu persiapan tahlil. Bebudok la suka sekali...


sementara tu, ada yang makan kuih raya yang disediakan


tok imam dah nok start dah, moh masuk kedalam mesjid. Duit sedekoh untuk tahlil pun dah dikumpul. Bebudokkk... deras naik.


Tahlil


ni beloh lelaki..., beloh perempuan koi tak jengok.


Nah RM2 sorang. Kala ada lebih, tok bagi lagi 2nd round.


Habis dah bertahlil...


Moh balik kerumoh. Nok ke kubur pulok. Pastu baru beraya. Jangan lupa, kang ke kulu beli suratkabor dan air batu.

Monday, September 19, 2011

Tetamu datang beraya...

Din, Suki dan McZue menikmati juadah


Malam semalam sukimang ada sms kabo nok datang beraya, keknya waktu tu koi sibuk ngat so koi suh dia datang esok (hari ni)... boleh ke gitu? hehehe boleh suruh2 pulak tetamu datang hari lain... hehehe


So, malam tadi jam 830 malam sukimang pun sampai dengan Din dan dituruti oleh Mekzue kemudiannya. Kami jamu mereka ala kadar sahaja. Ada la sate beberapa cukuk, keropok lekor dan kuih2 raya.


Sakan berborak...

Friday, September 2, 2011

Di mesjid pangsenam di pagi raya...

Selamat Hari Raya

Nasik terbalik...

Raya pertama menunya adalah nasik terbalik. Juadah ni untuk makan tengahari seisi keluarga dan juga hidangan sedara mara sebelah mak yang ramai datang. Seperiuk besar juga nasi ni. Guna beras basmati. Kat bawah periuk tu susun la kentang karot dll. Letak juga ayam dalam nasik tu barang seketul dua.
Ayam pulak ada yang digoreng. Sedak juga nasik ni. Macam nasik arab je.

Thursday, September 1, 2011

Udang galoh masak lomak...

Menu makan tengahari raya kedua adalah udang galoh masak lemak. Beli dua kilo untuk makan ramai2. Sekilo RM70. Ni udang galoh sungai pahang. Bapok besornya udang ni. Cer tengok size kepala udang tu...
Dah hampir siap. bapok sedaknye sedut otok udang galoh ni. Nikmat sungguh. Lagi sedak dari ikan patin.