Wednesday, August 31, 2011

Selamat menyambut hari kemerdekaan...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya...


Sunday, August 28, 2011

Balik kampung...



Semalam alhamdulillah selamat sampai kat kampung. Ruang parking kete dah hampir penuh. Tahun ni giliran semua balik Pangsenam. Bene la rumoh kali ni ngan bebudok gebuntur.

Wednesday, August 24, 2011

Bercuti raya...

Gambar dari internet. Dijangka kita beraya 30hb Ogos 2011.



Hari ni saya masih berada di bilik gerakan urusetia peperiksaan. Sessi kali ini saya telah dilantik sebagai urusetia pengendalian peperiksaan. Tanggungjawabnya besar juga sebab kami harus menyediakan segala kelengkapan peperiksaan. Sementara menunggu dibilik ni, sempat la juga saya memarking paper saya. Satu lagi paper saya akan berlangsung esok.




Raya kali ini saya akan bercuti bermula hari jumaat minggu ni hinggalah 4hb September. Dalam tempoh cuti raya ni, saya akan memarking paper juga dirumah.




Petang jumaat selepas berbuka saya akan bertolak ke kg Pangsenam untuk beraya disana. Kemudian pada raya kedua, akan balik beraya di Pekan pula.



Tahun ni seperti biasa saya akan membuat lemang. Selalunya, sayalah chefnya.



Semoga selamat pulang ke desa kepada semua.

Monday, August 22, 2011

Kad raya...

Contoh kad raya

Saya baru saje mengepos beberapa kad raya kepada beberapa orang. Saje je nak memeriahkan suasana raya ni serba sedikit.


Selalunya bila raya, orang akan ingat baju raya, kuih raya, lagu raya, duit raya dll. Manakala kad raya dah semakin dilupakan sebab sekarang dah ada sms raya.


Kalau mengikut pengalaman saya, selalunya talian handphone akan 'jem' dimalam2 raya sebab ramai sgt yang nak ucapkan selamat hari raya.



Marilah kita sama2 menggunakan kad raya semula.

Saturday, August 20, 2011

Buat puding karamel...

Selalunya dibulan puasa saya suka beli puding karamel. Bulan2 biasa tak la pulak membelinya. Tahun ni cuba buat sendiri pulok. Gaya macam senang je. Kalau nak resepi, carik la kat internet. bahan2nya pun mudah je dicari kat Malaysia ni. Belum masak lagi. masih dalam kukus.
Dah siap. Jadi juga dan boleh makan dah.

Thursday, August 18, 2011

Zakat fitrah...

Tadi pergi ke Wisma (Blok pentadbiran di UNITEN) dengan Suki nak beli kad raya Uniten. Kat lobi tu tengok ada Amil dari Majlis Ugama Islam Pahang buka kaunter bayaran zakat fitrah. Selepas beli kad raya 5 keping, saya pun ke kaunter tu nok membayar zakat fitrah bagi tahun ni (1432H).


Sekejap je urusan membayar zakat ni. Mula2 amil tanya bayar untuk berapa orang. Pastu dia tulis resit. Pastu akad kita serahkan duit zakat tu bagi kita dan tanggungan kita kepada amil. Pastu amil berdoa dan selesailah. Tak sampai pun 5 minit.


Kat Pahang ni nilai zakat fitrahnya ialah RM7 seorang.


SELAMAT MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Tuesday, August 16, 2011

Iklan dulu2...

Dapat email yang mengandungi gambar iklan2 lama masa kecik2 dulu. Teringat balik ke masa dulu... Bedak Cuticura. Design bekas sekarang masih seperti dulu.
periuk nasik National


Susu Tin

Monday, August 15, 2011

Bonus 1/2 bulan...

Hari ini (15hb Ogos 2011) insyaAllah yang bekerja dengan gomen dan pesara gomen akan dapat bonus 1/2 bulan atau minimum RM500. Dapatlah duit untuk menyambut raya yang menjelang lagi 2 minggu. Nescaya, bertambah lah manusia di pusat membeli belah mencari baju2 raya untuk diri sendiri dan anak2.


Sebut pasal raya ni, teringat malam semalam otw balik ke rumah. Dengar radio kuantan dalam kereta. Dah pasang lagu raya rupanya. Seronok juga...

Thursday, August 4, 2011

Kisah murtabak di pasar ramadhan...




Gambar dari sini (http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Murtabak_Raja_Kelantan.jpg)



Semalam saya berkesempatan pergi ke pasar ramadhan kat Mesjid Kuantan. Dalam duk berjalan2 tu, teringin pula nak makan murtabak lepas berbuka nanti.


Mula lah mata ni melilau mencari penjual murtabak. Hasil pemerhatian saya, ramai juga yang menjual murtabak ni. Harganya berbeza2. Harganya disini antara RM3 - RM7 sekeping. Saya buat keputusan untuk membeli murtabak RM3 je sebab kalau nak beli yg RM7, saya akan beli kat Pekan (Murtabak Sri Kasturi).




Lalu saya pun beratur di salah satu gerai yang menjual murtabak RM3 sekeping. Depan saya ada 2 orang pelanggan wanita sedang menunggu giliran. Lama juga pelanggan didepan sekali tu membeli. Belakang saya pun dah ramai orang beratur.




Apabila tiba giliran pelanggan didepan saya membeli, tiba-tiba datang kawannya dari belakang meminta tolong belikan juga murtabak (kes malas beratur).




"Nak beli murtabak ya..., tolong belikan aku satu" kata dia pada kawannya sambil mengeluarkan duit.



Disebabkan bulan puasa dan malas nak panjang2, saya pun beredar sahaja dari gerai tersebut dan pergi ke gerai lain. Sambil tu saya berfikir "Gini lah sikap manusia, bulan puasa pun tak berubah...beratur pun malas"




Sabar je lah...

Wednesday, August 3, 2011

Pulut panggang 50 sen...

Gambar diambil dari sini (http://makananterengganu.blogspot.com)



Mengikut pemerhatian saya dalam bulan puasa ni, pulut panggang yang dijual di pasar ramadhan ialah 50 sen sebijik. Maknanya 2 biji RM1. Size biasa je.

Kuih2 lain macammana pula?

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik...