Kesian saya menengok mereka. Mereka berjalan dari rumah kerumah ditengah2 panas untuk menjual kismis bagi membiayai pengajian mereka.
Saya tak membeli kismis mereka kerana saya dah beli kismis yang sama sebotol besar beberapa minggu yang lepas (harganya RM10 dijual dari meja ke meja di sate zul kat jelita). Namun begitu saya hulurkan juga duit sebagai sedekah dan segelas air sejuk.
"Terima kasih pakcik!" kata mereka kepada saya.
Sukiman (juga telah menghulur duit) tersenyum penuh makna!.
Moralnya: Rupanya dah tua saya ni ya. Ramai budak2 dah mula memanggil saya pakcik. Baru je bulan lepas student Somalia kat sini cakap kat saya "You look young".