Saturday, April 30, 2011

Patin Pangsenam Masuk Majalah 3...

Majalah 3 hari ni ada segmen ikan patin. Tak sangka, liputannya dibuat di kampung Pangsenam. Lokasinya ialah di gerai dan sangkar patin milik Abg Salam (En. Abdul Rahim Ismail) dan En. Halid Osman. Boleh berhubung dengan mereka di blog mereka (klik sini).


Pengusaha2 patin pangsenam memang selalu dikunjungi oleh wartawan2 dan pemberita. Bahkan ada juga pelajar2 dan bakal pengusaha patin yang datang untuk belajar dan membuat kajian.


Ni Abang Salam bersama Patin Buah (RM80 sekilo). Gambar diambil dari blog beliau.


Lokasi gerai patin beliau ialah gerai pertama sekali selepas papan tanda kampung Pangsenam dari Temerloh. Kalau dari Triang pula ialah selepas Masjid Kg. Pangsenam.



Wednesday, April 27, 2011

Pilihanraya Ahli Senat 2011...

Saya membuang undi dalam Pilihanraya Ahli Senat 2011. Undi adalah rahsia. Saya dikehendaki memangkah 7 nama dari 11 calon.

Thursday, April 21, 2011

Derian berbunga lagi...

Sekarang kat Kuantan banyok dah orang jual derian. Rasanya derian luar Pahang sebab kat Pahang rasanya pokok derian baru berbunga. D24 sekarang kat Kuantan RM13 sekilo. Lain2 jenis derian kawin ialah RM10 sekilo. Derian kampung RM8 sekilo.


Saya lalu kat Beserah pun takde lagi pekebun disitu yang menjual derian. Kat taman pertanian pun belum ada lagi jualan derian.


Saya balik Pangsenam, pokok derian di kebun aboh baru berbunga.


Ni bunga derian kat kebun aboh


Ni bunga derian kawin. Dijangka bulan 7 kot baru gugur. Jenuh la buat tempoyok.

Friday, April 15, 2011

Cicak besar...

Cicak ni selalu ada dalam rumah. Besar yang amat. Luar biasa besarnya dan berbintik2. Adakah ia cicak tokek gecko? Kalau benar... boleh tangkap nih

Thursday, April 14, 2011

Angkuhnya ayam jantan...

Ayam jantan bila berkokok, penuh dengan keangkuhan. Bersahut-sahutan antara satu sama lain. Mengepak2 dan mendada. Berteriak nyaring. Membangunkan kita diwaktu subuh.


Ni dah veteren. Lawi pun dah kontot.


Monday, April 11, 2011

Melawat rumah member...

Hari sabtu minggu lepas saya sempat singgah kat rumah Suki. Tak plan pun nak singgah. Saje jalan2.


Bila saya sampai, suki sedang siram pokok bunga dan rumputnya... Ni bunganya, sebesar penumbuk... tak tau bunga apa



Ni rumah jiran depannya, orangnya baik dan peramah.

Masa tu jirannya sedang meracun rumput yang meliar

Dalam pada tu, sempat juga suki mengeluh tentang masalah jiran belakan rumahnya. Cuba tengok gambar kat atas... macam rumah flat pekeliling dulu.


Cucur air awning merah tu, airnya terus ke rumah suki bila ujan. Dinding biru rumah sebelah tu pulak hampir sangat ngan pagar. Orang kurus cam saya pun tak boleh celah.


Maaf gambar yang disnap ni 'terover expose' (cerah sedikit). Maklumlah fotograper amatur lagi. Masih terkial2 dengan kamera.

Saturday, April 9, 2011

Penyamaran...

Duk baguih je kucing ni menyamaq. Kucing bertelinga arnab.


Gambar ni di ambil dari facebook Ujang.


Friday, April 8, 2011

tengok helang...

Marking paper dah habis. Bagi gred pun dah selesai. Walaupun dah abis, sekarang kene check file utama pulok. Nanti minggu depan ada ISO audit. Stress sungguh...


Seperti biasa, kita lupakan hal kerje. Rasanya kita masih lagi berada di Langkawi. Kali ni kita nak tengok burung helang makan. Lepas kita gi tasik dayang bunting tu, drebar bot akan bawak kita tengok burung helang pulok.


Burung helang terbang tinggi. Masa ni guna lens Nikon standard, belum beli lens yg boleh zoom jauh.


Banyak dah burung lang terbang rendah.


Tiba2 menjunam menyambar ikan... kene standby kamera nih... Makin banyak yang datang...