Tuesday, December 28, 2010

Bonus...

Hujung2 tahun ni ramai yang berkira2 kerana dapat bonus. Ada yang dah dapat, manakala ada yang belum dapat. Bagi yang kerja kerajaan, rasanya bonus dah dapat dah. Boleh guna untuk beli alatan sekolah anok2.

Ada kompeni yang bagi duit bonus masa raya dulu. Kira sekali dengan duit raya la tu. Bagi yang kije kerajaan, bonus dibayar 2 kali rasanya. Sekali masa raya, sekali masa ujung tahun. RM500 sekali bayor. Dan selalunya kebanyakan kompeni bagi bonus ujung tahun.

Banyak mana kompeni bagi bonus? Ia bergantung juga pada prestasi dan keuntungan kompeni. Dan juga kepada keputusan ahli lembaga pengaroh. Ada dapat 3 bulan gaji, setengah bulan, suku bulan, 12 bulan dan ada yang tak dapat langsung. Ada kompeni bagi bonus tak ikut bulan, dia bagi lump sum je macam kerajaan.

Wajib ke kompeni bagi bonus pada pekerja? Rasanya tak wajib. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, takde lah. Tapi kebanyakkan kompeni besor akan ada peruntukan untuk bagi bonus pada kakitangannya.

So, apa sumbangan kita sebagai pekerja untuk mendapat bonus setiap tahun?

Monday, December 27, 2010

Duit syiling...


Duit syiling amat penting walaupun nilainya kecik terutama bagi peniaga kecil-kecilan. Sebenarnya dah banyak kali berlaku pada saya yang terpaksa menunggu untuk mendapat tukaran duit disebabkan peniaga tiada duit syiling. Yang terbaru adalah pagi tadi.

Para peniaga mesti pandang hal duit syiling ni dengan serius. Sebelum buka kedai pada waktu pagi, pastikan duit syiling sentiasa ada dalam simpanan. Begitu juga dengan duit tukaran yang lain.

Kita tak boleh salahkan pembeli yang membayar karipap RM2.50 dengan duit RM50. Di Malaysia ni duit not RM50 memang sah dan diterima oleh semua. So, menjadi tanggung jawab peniaga lah untuk menyediakan duit tukaran terutama duit syiling.

Pernah berlaku juga sang peniaga terhegeh2 berlari2 ke gerai/kedai sebelah untuk menukar duit. Pembeli pulak terpaksa lah menunggu. Kan dah memberi imej yang buruk pada peniaga.

Kadang2 tu masalah tu dipindah pulak kepada pembeli. Ada ke patut dia suruh pembeli tukar duit dulu sebelum membuat pembayaran?

Saya utarakan perkara ini sebab ramai peniaga terutama peniaga kecil-kecilan memandang remeh akan hal ini. Jangan sesekali kita menyusahkan pelanggan kita sebab kita perlukan mereka untuk membeli produk/servis yang kita tawarkan.

So, buat peniaga pasar malam, gerai burger, pasar tani, pasar ramadan, gerai tepi jalan dan lain2, pastikan anda sentiasa mempunyai duit syiling dan duit tukaran yang lain sebelum memulakan perniagaan setiap hari.

Friday, December 17, 2010

Selesai...

Ni antara perserta yang tinggal di penghujung seminar IEBMC. Perserta2 foreigner ramai yang dah balik. Yang tinggal hanyalah perserta tempatan sahaja. Lega rasanya. Ni lah 1st time menghadiri seminar sebagai presenter dan juga ni lah 1st time menghadiri seminar dari mula sampai selesai.

Wednesday, December 15, 2010

Present paper...

24hb November yang lepas koi kene present paper di seminar IEBMC kat Hyatt Kuantan. Assessing perceived food quality: Customer's gender perception of Malaysia fast food product.

Saturday, December 4, 2010

Ubi temili...

Ni namanya ubi temili. Gali kat kebun. Ujan2 ni rebus ubi temili ni sedap. tapi sekarang tak ramai orang makan dan tahu ubi temili. Ubi kayu ramai la tahu.

Kebun pisang dalam kebun getah...

Sementara nok nunggu pokok getoh besor, ayoh koi nanam 400 batang pisang dicelah2 pokok getoh tu. Dah merasa dah pun buoh pisangnya. Tak abis makan, ayoh koi letak kat gerai patin utk jual. dah besor dah pokok getoh n pisang
ni jantung pisang. Ada jantung pisang kita boleh rebus dan colek ngan kicap makan ngan nasik. Bapok sedaknya...