Monday, May 31, 2010

Kasut Crocs Ada Kalimah Allah







Tengoh2 melayari internet semalam terjumpa pulok artikel ni. Tengoh hangat diperdebat di di blog Ustaz Noramin http://www.ustaznoramin.com/2010/05/kasut-crocs-ada-kalimah-allah.html






Baru aje beli kat kemaman sepasang......gone le gamoknya kita yang doh beli ni?






Kuantan River Cruise...

Minggu lepas parent koi n adik koi ada datang ke umah koi untuk berjalan2 sekitar Kuantan sempena cuti Wesak.

Antara aktiviti yang dirancang ialah nok menyusuri sungai kuantan naik boat. Koi yang duk Kuantan ni pun tak pernah naik lagi. So, bolehlah try.

Petang tu pas jumaat, nyinggoh la kat jeti tu (belakang pejabat MPK). Sempat la posing dulu kat jeti tu. Ni lah laluan yang ada untuk river cruise. Malam kene RM5 seorang. Kalau siang pulok RM15 dewasa n RM8 kanak2.

Koi pilih pakej malam so dapat la laluan ke perkampungan nelayan tanjung lumpur. Kalau nak tengok kunang2, kena la buat special request. Maybe ada extra charge.

Laluan hari siang mungkin sampai ke medan feri tu. Boleh tengok kubu jepun (kat Teluk Chempedak pun ada)

Ni posing sebelum naik bot. Bebudok la suka sekali. Orang tua biasa2 je. Perjalanan lebih kurang 30 minit je pergi dan balik.

So, penduduk Kuantan atau sape2 yang tak tau nok buat apa bila ke Kuantan, boleh lah try aktiviti ni.

Thursday, May 27, 2010

Sampoh bersepoh dek kera...

Kat taman perumahan koi selalu kena serang dek kera. Selalunya tong2 sampoh yang ada di perumahan ni abih diselongkornya.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pulok lambat ambik sampoh. Kononnya ikut jadual dan giliran la tu. Pedooh dia!!!

Hampir semua tong sampoh kat taman perumahan ni tak bertudung. Tak tahu la kemana perginya tudung2 sampoh ni.

Koi pernoh nampok sekali tu orang yang kutip sampoh ni campok tudung sampoh depan umah koi ni kedalam longkang.

Jadi, koi buat kesimpulan tudung2 sampoh kat perumahan ni hilang sebab dibuang oleh pengutip sampoh ni ke longkang. Lalu dihanyut dek air ujan.

Nok kata kera yang ambik takkan la pulok.

Masa ada penutup sampoh dulu, penduduk sini selalu tindih penutup sampoh tu ngan batu bata. Supaya kera tak dapat bukak n selongkor sampoh.

Mungkin sebab maroh, pengutip sampoh ni buang tudung sampoh ni ke dalam longkang. Huh! perangai macam kera jugek.

Tuesday, May 18, 2010

Pasar Tani Stadium Darulmakmur...

Ni adalah sekitar pasar tani kat stadium darulmakmur. Setiap pagi ahad, koi selalu gi sini membeli makanan dan barang keperluan dapur.

ada jual makanan kering dan basah.

pokcik tu nok membeli ketupat palas gamoknye la

geng2 ngulur pamplet pun ramai. Pendek kata, merioh betul pasar tani ni. Sape yang duk kontan tapi tak pernah pergi sini maknanya belum cukup syarat la te...

Saturday, May 15, 2010

Anok kucing baru lahir...

Balik Pangsenam baru ni koi suka sangat sebab dapat anok kucing baru. Baru je seminggu lahir, 3 ekor. Anok kucing ni keturunan baka Nino dan Noni.

ni yang no 1

ni no 3, kenit sikit

ni nombor 2

ni yg no 1 sedang posing tido beralaskan karpet lama bertampal. Dalam kotok tv ni.

mok dia sedang menjilat (memandikan) anok dia.

Wednesday, May 12, 2010

Thomas Cup: Kita ke separuh akhir...

Kita ke separuh akhir!!!. Tahniah.

berdebar sungguh melihat game tadi. Semoga berjaya esok bertemu China.


ni lah individu penyumbang mata ketiga Malaysia.

MALAYSIA BOLEH!!!

Friday, May 7, 2010

Kamdar bukak kat Temerloh...

Wah! Kamdar ande bukak kat Bandor Temerloh. Lokasinya kat jalan Pak Sako 2. Sempat la koi nyinggoh tadi. Boleh tahan jugek besornya. Koi tak dan nok naik katas tadi. Koi rasa kat atas ada kain wat langsir.

selok la org Temerloh pilih kain untuk raya tahun ni.

tengok tadi pun ada sale. Orang pun agak ramai. Mungkin sebab cuti hari Hol. Dalam pada te, sempat koi nyambor 4 meter kain wat baju melayu untuk raya. Minggu depan koi balik pekan, koi ngantor ke ayoh noni utk di jahit.

Thursday, May 6, 2010

Pokok buah berbunga...

Hari ni rasanya nok balik Pangsenam. Sok cuti sempena hari Hol. Balik last hari tu tengok pokok buoh kat kebun sedang berbunga. Balik kali ni mungkin dah ada ulas2 buah.

atas ni bunga derian. Dah kembang dah.
ni pulok bunga dokong. Rendoh ngat bunganya.

yang ni bunga manggis. Kali ni lebatnya lebih dari dulu. Semua pokok manggis berbuah kali ni. Kalo ada rezeki, insyaAllah kali ni puas lagi makan buoh.

Wednesday, May 5, 2010

Usroh kat umah noormad...

Ni program usroh kat umah noormad. Sebelum ni buat kat umah gedik. Kali ni noormad pulok offer umah dia jadi port.

Aktiviti biasa je... Solat Isya' berjemooh, pastu baca Al-Quran sorang2, diikuti membaca kitab dan bincang isu2 semasa. Semua aktiviti di ketuai oleh Ustad Zuridan dan Ustad Madi (kat umah gedik dulu).

Pas selesai, aktiviti makan disponsor oleh tuan rumah.

dalam gambar pian petronas (baju biru), gedik ump, kudin celcom, salman insurans, noormad kastam, zaman gomen, ustad zuridan ump dan kamal shahputra.

Next rasanya kat umah cokdang COO pulok.

Tuesday, May 4, 2010

Dapat pc baru...

Baru2 ni dapat pc baru. Semua org dapat.

ni pc lama sblm di bawak pergi...

technician sedang setup pc baru. Jenis Hp. Skrin nipis.

Monday, May 3, 2010

Taman Kerang...

Kat tengah bandar Kuantan ada satu tempat tu namanya Taman Kerang. Lokasinya bersebelahan dengan Mesjid Negeri area Padang MPK.

Koi selalu gi sini setiap pagi Sabtu sebab hari biasa koi kerja, tak dapat gi. Dulu selalu gi ngan Suki.

ada buku2 n majalah lama yang dijual murah. Koi selalu singgoh sini la belek2 n beli buku lama. Majalah mastika RM1 je. Gila-Gila pun sama.

Barang2 lama dan antik pun dijual. Harga boleh dirunding.

nampak tu... berlonggok barang. Ada gitar, gambar lama, kipas angin, kaset lama, botol2 dan lain2.

ni pulok duit2 lama. Jam dan barangan kulit pun ada. Paling ramai adalah penjual barang dan ubat kuat tenaga batin. Keris lama pun ada. Cincin pun ada.

So, kalo free tu, try la singgah ke taman kerang nih. Dia bukak dari pagi sampai tengahari je dalam kul 2.