Tuesday, June 30, 2009

Last day kije di ShahPutra...

Assalamualaikum...
Kamera: Canon PowerShot A400 3.2 mega pixels
Style: Senget
Lokasi: Tempat punch card
Jurukamera Profesional: SeeU

Please comment... hehehe

Hari ni last day kije di Shahputra. Terima kasih kepada semua BOD, Pengarah, Pengurus, Pensyarah dan kakitangan di Kolej ShahPutra atas segala kerjasama selama 8 tahun ni. Segala kesalahan, salah dan silap, saya mohon maaf.

Group assignment...

Assalamualaikum...
Tengok kat gambar atas ni. Gaya tak muka aku? Hehehehe... Karikatur ni dilukis oleh kartunis Halia. Halia ni belajar kat UUM. Masa ni kami 4 orang kena buat group assignment carik tokoh kreatif. Kami pilih Halia utk tokoh kajian kami. Gambo ni aku amik kat facebook Fakhrol. Dia scan... Assignment ni ada pada aku lagi, aku simpan.

Monday, June 29, 2009

Kemas barang...

Assalamualaikum...

Petang tadi angkut la barang yang telah diletak dalam kotak. Nak bawak balik ke rumah. Ada la 8 kotak semuanya. File pulak ada la dalam 10 unit. Jenuh jugek turun naik tangga bawak kotak2 ni. Ada la sikit lagi barang tinggal untuk angkut hari esok.

Ni kotak kat bawah meja. Ada la barang peribadi sikit. Gambar kat bawah pulak kotak2 isi assignment student. Kebanyakkannya assignment business plan je.

Esok merupakan last day kerja kat ShahPutra. Pasni berubah angin mencari rezeki kat Uniten pulok. Rasa berat juga nak meninggalkan ShahPutra ni sebab dah 8 tahun kat sini...

Tuesday, June 23, 2009

Satelit MEASAT-3a

Alhamdulillah, semalam 22.06.2009 jam 5.50 pagi, satelit komunikasi ketiga malaysia iaitu Measat-3a telah berjaya dilancarkan. Ianya adalah untuk menggantikan Measat-1 dan Measat-2 yang akan tamat orbitnya pada tahun 2015. Tempat pelancaran adalah di BAIKONUR, Kazakhstan iaitu tempat yang sama semasa pelancaran roket ke bulan yang dinaiki oleh Yury Gagarin.
Apa kaitan dengan aktiviti harian kita?

Anda semua menggunakannya setiap hari tanpa disedari . Perhubungan melalui Broadband, handphone(3G) dan pelanggan Astro. Jadi inilah fungsi dibelakang tabir yang kita tidak nampak, hanya menjadi end user.

Ada satu lagi jaringan hubungan(networking) untuk kegunaan perhubungan/komunikasi.....Networking Submarine Fibre Optik seperti gambar kat bawah ni.


Kat Malaysia pun akan pakai jaringan komunikasi ni maybe September 2009....High Speed Brodband yang mana kelajuan minimun 10mb/s. Dunia di hujung jari...

Walaupun pelbagai teknologi perhubungan yang diwujudkan melalui angkasa dan bawah tanah namun masih berlaku kejadian MISS COMMUNICATION antara kita...kenapa agaknya?

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia terutama boh saya Haji Abd. Hamid b. Haji Mat Damin. Semoga berbahagia dan sihat sentiasa.
Gambo atas ni kelihatan 3 bapa bergambar kat projek ladang salak di Pangsenam. Pokok salak baru paras lutut. Letak pagar jaring sebab takut babi sondol.

Thursday, June 18, 2009

Anak angkat...

Assalamualaikum...

Tadi Boh SMS dari Kampung. Kat Pangsenam ada program anak angkat dari UTM KL. Boh dapat anak angkat 2 orang. Salah sorang adalah student dari Iraq. Mereka ber 'anak angkat' sampai 21hb ni. Nampaknya, kena menebas dalam kebun la anak2 angkat ni. hehehe

Oh ya... tahniah kepada sahabat kita yang dah mula berblog. hehehehe... Dia ni pembekal batik. So, kalo ada sape2 nak tempah batik untuk kompeni, boleh hubungi dia (ni iklan free je...).
Lawati dia di http://smartamzar.blogspot.com <---- klik je

Lapor diri...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 15 Jun 2009 baru2 ni, selamat mendaftar untuk berkerja di tempat baru, UNITEN di Muadzam. Rasa berdebar kurang sikit sebab ada juga kawan yang dapat sama jadi pensyarah disana. Lagipun kat sana ada juga beberapa orang kawan yang telah berkerja disana.
Ni lah yang pergi melapor diri tempohari. Rasanya kemasukan staff baru kali ni 22 orang.
Lepas taklimat dengan Dekan, pergi ke bangunan akademik pulak untuk jumpa dengan Ketua Jabatan untuk mendapatkan senarai subjek yang akan diajar dan beban tugas semester depan. Semester depan aku kena ajar subjek Multimedia Marketing dan Customer Buying Behavior. Jam kredit 9 jam sahaja. Dua2 ni subjek baru untuk aku. Kat Shahputra ni aku ajar Entrepreneurship dan Organizational Behaviour. So, kena study semula la pasni.

Aku akan mula bertugas kat sana 1 Julai 2009. Walaupun tempat baru tetapi tempat lama tidak dilupakan, insyaAllah...

Wednesday, June 10, 2009

Sama-sama main...

Assalamualaikum...
Ni lah gelagat bebudok. Kecik2 lagi dah pandai main sama2. Hehehehe... Si Naqeeb walaupun tak dapat duduk di kerusi memandu, duduk atas bonet pun jadilah. Janji dapat pegang stereng. Si Arini pulok tak marah pun.

Lagi satu, cuba tengok kete tu. Antik kan? Kete tu ayoh arini yang punya. Aki beli masa duk kat Belimbing dulu. Masa kecik2 dulu main kete ni lah. Dulu ayoh yang main, sekarang anak ayoh pulok dapat main. Lebih 20 tahun dah usia kete tu. Saje je tepek sticker, biar nampak ganas. Kain merah tu wan ikat sebab skru kete ni dah tercabut dari rangka. Ogek sikit. Ada sesetengah orang mungkin dah buang kete ni tapi bagi kami ada sentemental value hehehe.... Tak tau la berapa lama boleh tahan lagi kete ni.

Friday, June 5, 2009

Bunga...

Assalamualaikum...
Atas ni bunga duku johor. Dah jadi putik dah.
Manggis pun berbuah kali ni. Lebat cam musim lepas

Rambutan pun sama. Lebat juga terutama mutan kuning. Rasanya musim kali ni jenuh juga makan buah. Dan jenuh juga angkut buah bawak balik ke Kuantan. Buah mutan masak dulu, pastu manggis diikuti dokong dan duku johor.

Masa manjat ambik mutan, manggis dan dokong tu boleh kutip derian yang gugur. Kali ni lebat juga derian berbuah. Sekarang dah sebesar penumbuk. Derian yang tak abis boleh buat tempoyok. Sape nok, boleh kabo.

Thursday, June 4, 2009

Tunggu wan...

Assalamualaikum...
Tiga budak ni sedang tunggu Wan buat spek kat Focus Point. Arini duduk je dalam troli sebab malu. Kakaknya Ain dan Arina berdiri dengan sabar. Penuh dalam troli dengan mereka bertiga ni je. Mana la nak letak barang? Hehehe...

Tuesday, June 2, 2009

Burung Helang makan ayam...

Assalamualaikum...
Ni lah burung helang yang selalu makan ayam kat kampung. Mati dah burung ni. Besor jugek, besor sikit dari ayam jantan. Bangkai burung ni jumpa kat pokok cempedok. Mungkin kena tembok. So, buat masa ni aman la sikit ayam-ayam tu semua mencari makan.