Sunday, April 26, 2009

Ujang: Jibam...

Assalamualaikum...
Atas ni novel Jibam karya Ujang yang telah koi beli kat pesta buku hari tu. Bila selak je cover dia, akan terlihatlah autograf Ujang hehehe...

Teruja betul dapat salam ngan Ujang.

Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku Part 1...

Assalamualaikum...

Baru je sampai dari Kuala Lumpur tadi pukul 10 malam. Berkobar2 ni nak cerita dalam blog pasal Pesta Buku di PWTC supaya kawan2 boleh merancang untuk pergi. Sempat lagi sebab pesta buku ni akan berakhir 26hb April ni.

Posting ni bukan nak cerita lagi keadaan disana sebab diharap kawan2 boleh pergi dan merasainya disana nanti.
Atas ni gambar buku2, novel2 dan majalah2 yang telah dibeli kali ini. Ada senaskhah tafsir Al-Quran juga dibeli tetapi tiada dalam gambar diatas. Novel Jibam sebenarnya dah ada kat rumah tapi beli lagi kali ni sebab ada Ujang kat situ, boleh suruh dia sign autograf. Ok, itu saje utk hari ni,

Thursday, April 16, 2009

Pengajar program UiTM...

Assalamualaikum....

Inilah kawan-kawan yang mengajar program UiTM.

Sunday, April 12, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009...

Assalamualaikum...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung minggu depan. Ia akan bermula pada 17hb hingga 26hb April 2009. Ini merupakan kali ke-28 penganjurannya. Pesta ini dianjurkan di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kalau mengikut pengalaman saya, jika anda nak pergi, pergilah pada hari berkerja. Maknanya, ambillah cuti dan pergi ke sana. Tujuannya ialah supaya kita tak berpusu-pusu dengan orang2 Kuala Lumpur yang datang pada hujung minggu.

Banyak buku, novel dan majalah yang boleh kita beli kat sana. Harganya pun murah. Buku akademik atau non akademik pun ada.

InsyaAllah saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada 18hb hingga 20hb April 2009. Mungkin dua hari saya akan berkunjung ke pameran ini terutamanya pada 20hb tu sebab hari isnin, mungkin orang tak ramai.

Ok. Jumpa anda disana, InsyaAllah.

Kolot dah mati...

Assalamualaikum...

10hb April 2009 (Jumaat) selepas asar, kucing jantan ni telah mati kerana termakan racun. Usianya dalam 5 tahun.
Namanya Kolot (sebut Koloit). Kolot adalah anak kepada Shik Net. So, kuranglah seekor lagi kucing di Pangsenam.

Sabah: Last...

Assalamualaikum...

Penulisan kali ni merupakan penamat kepada perjalanan ke Sabah. Walaupun lambat posting atas sebab2 yang tak dapat dielakkan tetapi ia besar maknanya. Posting ini adalah penghargaan kepada Langgaq atas bantuan beliau selama berada di Sabah.

Gambar atas ialah gambar my parent dengan Langgaq dan isteri. Masa ni malam sebelum nak balik. Langgaq la beria-ria ajak makan kat luar. Dia nak belanja sebelum kami balik.
Atas ni gambar Langgaq dan isteri.
Ni dah nak balik. Banyak memborong barang. Sekali lagi, terima kasih kepada Langgaq dan isteri atas bantuan selama ini. Semoga Allah membalasnya.

Itu saja untuk kali ini. Oh ya, Minggu depan 17hb akan start Pesta buku di PWTC. Mari la sama2 pergi ke sana.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib...

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


Sumber: Utusan Malaysia

Friday, April 3, 2009

Tahniah Dato'...


Assalamualaikum...

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

Kami di pangsenam.blogspot ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri.