Sunday, December 28, 2008

Get online from anywhere...


Pernahkah berlaku pada diri anda bila nak hantar fail penting dalam masa yang kritikal?
Jawapannya tak lain daripada memiliki gajet seperti ini...
Masalahnya di Malaysia ni perkakasan seperti ini dijual dengan harga yang
tinggi (sama juga dengan service yang di tawarkan, ditambah dengan kerenah third party...).
Gajet seperti ini boleh didapati dari luar negara dengan harga 1/3 dari harga
tempatan, ada juga yang menawarkan penghantaran percuma terutama dari
China, HK dan Taiwan.

Cara pemasangan amat mudah (USB), driver otomatik untuk XP dan Vista, kalau Mac kena cari driver...

That's all for now folks...

Tuesday, December 23, 2008

Harga Getah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam ada terbaca paper yang melaporkan harga sekilo getah sekarang adalah RM0.70 sekilo berbanding masa kemuncak dan mewah dulu yang mencecah hampir RM5. Kesian kat semua penoreh getah sepenuh masa yang kebanyakkannya miskin-miskin belaka. Baru nak senang sikit, kembali semula kepada keadaan yang susah.

Di kampung Pangsenam juga ada ramai juga penoreh getah. Ada yang menoreh sepenuh masa, ada yang menoreh sambilan dan ada juga yang mempunyai kebun tetapi upah pada orang untuk menoreh. Atas dasar ini, kita harus simpati kepada semua penoreh ni. Harap-harap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu. Janganlah disebabkan jawatan penoreh ni tak berprestij di Malaysia maka kita tak buat apa-apa untuk membantu mereka.

Cuba bayangkan jika penoreh ni hanya mendapat 10 kilo getah sahaja sehari. Maka dapatlah RM7. Sebulan RM210 sahaja. Apa mereka boleh buat dengan duit sebanyak itu? Kalau harga RM5 sekilo, dapat gak RM1500 sebulan. Jauh bezanya tu.

Disamping itu kepada anak-anak penoreh getah yang sedang belajar sekarang diharap dapatlah belajar bersungguh-sungguh. Andalah yang dapat mengubah kehidupan generasi anda. Bila dah berjaya hingga ke menara gading, insyaAllah generasi anda selepas ini akan berubah.

Monday, December 22, 2008

Penghinaan...

Tengok gambo kat atas ni. Saya dapat dari email. Mungkin kawan2 semua pernah tengok gambar macam ni kan? Musuh Islam memang akan hina Islam ni sampai kiamat. Jadi, kita ni haruslah bersedia. Dan persoalannya, apakah tindakan kita? Jawablah sendiri ye...

Friday, December 19, 2008

Azam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun baru akan menjelang tiba. Oleh itu, hari ni nak tulis pasal azam tahun baru je la. Walaupun belum tentu lagi azam ni akan terlaksana tetapi sekurang-kurangnya ada la juga azam.

Azam saya pada tahun depan nak belajar mendalami ilmu menjilid buku dan majalah. Jika dah expert nanti, bolehlah jilid sendiri dan dapat menjimatkan kos. Mungkin juga boleh jadikan sumber pendapatan sampingan.

Juga saya mahu pelbagaikan corak persembahan blog ini dari sudut isinya. Tahun depan merupakan ulangtahun pertama blog ini so diharap corak penulisan akan lebih matang.

Tahun depan juga saya mahu start 'meneroka' bidang yang ingin saya kaji untuk Phd/Doktorate saya nanti. Saya nak mambuat persediaan dari sudut mental dahulu.

Dalam bidang pekerjaan pula saya ingin menambahkan lagi ilmu saya untuk menjadi pengajar yang bagus dan pekerja yang baik.

Dan last sekali saya harap saya dapat menjadi insan yang baik, anak yang soleh, suami yang bertanggungjawab, abang/adik yang berguna dan kawan yang baik, insyaAllah. Amin...

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2008

Majlis korban di Pangsenam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, sempena dengan hari raya aidiladha nan lalu, Kg. Pangsenam juga tidak lupa untuk melaksanakan ibadah korban. Sebanyak 4 ekor kerbau telah disembelih di Masjid Kg. Pangsenam manakala seekor lagi telah disembelih ditempat lain oleh pihak penaja dan dagingnya sahaja dihantar ke masjid.



Walaupun hujan renyai-renyai. Penduduk kampung tetap bertungkus lumus melaksanakan ibadah korban ini. Pada kali ini, satu tempat penyembelihan dan pelapahan telah disediakan dengan sempurna berbanding tahun lepas.


Kerbau yang telah disembelih dibawa ke tempat pelapahan dari tempat penyembelihan. Tanpa mengira penat dan hujan, penduduk nampaknya amat muafakat.

Gambar diatas menunjukkan kerbau telah dilapah.

Daging yang telah dilapah akan diusung ke tempat timbang.


Daging akan dipotong kecil untuk ditimbang. Peserta korban akan mendapat bahagian masing-masing. Manakala orang lain akan mendapat 600gm.


Ini pula tempat bungkus dan pengagihan. Kali ni daging dibungkus 300 bungkus. Semua penduduk Pangsenam dapat. Semoga di tahun akan datang ibadah ini dapat dilaksanakan lagi, insyaAllah.

Budak-budak...

Dah besar dah bebudok ni...


Nakeeb
Arina dan Arini

Friday, December 12, 2008

Tips kenderaan ditenggelami air...

Berikut adalah tips yang boleh kita ikut jika kenderaan kita ditenggelami air semasa banjir melanda:

Selepas air surut, periksa kereta tetapi jangan cuba hidupkan enjin. Tindakan menghidupkan enjin boleh menyebabkan aliran elektrik mengalir ke dalam sistem elektronik enjin termasuklah kotak komputer untuk kenderaan yang menggunakan suntikan elektronik. Air berkenaan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas terhadap sistem elektronik dan ini boleh menyebabkan ia rosak dan perlu diganti dengan kos yang mahal. Pastikan mekanik yang menyelenggarakan kereta anda pun tidak menghidupkan enjin juga.

Biarkan komponen dalam kereta kering dahulu untuk mengatasi masalah air yang masih berada di beberapa bahagian sensitif.

Periksa palam pencucuh, pastikan ia tidak berair. Jika berair, maksudnya air telah memasuki bahagian enjin.

Periksa minyak enjin dan petrol. Pastikan tiada campuran air.

Selepas semua peralatan telah dipastikan kering, rujuk dengan mekanik untuk menghidupkan enjin. Jangan cuba memasukkan gear kerana bahagian kotak gear belum diperiksa.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan bermakna kos yang ditanggung lebih murah. Bagaimanapun, lakukan juga pemeriksaan terhadap minyak kotak gear. Biasanya ia berwarna merah dan jika bercampur air, warnanya bertukar. Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk lima minit dam periksa kembali gear.

Ulang proses diatas hingga minyak gear tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu berulang kali menggunakan hingga 20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakan membabitkan peralatan elektronik, kosnya tidak lah mahal sangat. Hanya membabitkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan penapis udara.

Sekian. Semoga dapat manfaat.

Rujukan: Harian Metro

Thursday, December 4, 2008

Ular...


Gambar ni dapat melalui email. So, saya letak dalam blog untuk kawan2 yang datang ke blog ni boleh tengok. Besar kan ular ni. Hampir penuh jalan tu dia lalu. Nak gi mana gamoknya ular ni? Rasanya ular sawa kan? Bukan anaconda.

Selamat Hari Raya Korban...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya akan bercuti hingga 10 Disember 2008. Cuti lama sebab nak habiskan cuti tahunan. Di kesempatan ini kami dari blog pangsenam nak ucapkan selamat hari raya korban untuk semua pengunjung blog ini. Semoga di murahkan rezeki. Terima kasih.

Monday, December 1, 2008

Harga makanan di kedai mamak mahal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengahari tadi saya pergi makan di kedai mamak. Kedai tu terletak di bangunan LHDN Kuantan, depan Kuantan Parade. Namanya ialah Restoran TAJ. Restoran ni amat popular di sekitar Kuantan. Ada beberapa cawangannya di seluruh Kuantan.

Apa yang nak saya kongsi bersama ini ialah tentang harga makanannya. Tadi saya makan nasi beriyani dan air neskapi ais. Harganya ialah RM8.40 iaitu RM1.90 untuk airnya dan RM6.50 untuk nasi beriyaninya. Saya tak tahu sama ada ia murah atau mahal. Mungkin lepas ni saya try makan di restoran mamak yang lain untuk bandingkan harga.

Saya bukanlah seorang yang suka makan di kedai mamak tetapi kadang-kadang singgah la juga. Mungkin kalau tengok kepada harganya yang agak 'cekik darah' ni maka selepas ini kedai mamak merupakan pilihan terakhir saya. Mungkin dengan cara dan usaha saya ini (jarang mengunjungi kedai mamak), dapat lah ia menyumbang sedikit kepada penurunan harga makanan di kedai mamak nanti (boikot lah ni hehehe...).

Sekian untuk hari ini.