Wednesday, June 12, 2013

Kembali menyarung loreng...

 Semalam saya kembali menyarung loreng. Sebenarnya semalam ada majlis pemakain pangkat di Hutan Simpan Bukit Galing oleh Lt. kol datuk seri tengku Kamarulzaman. Oleh sebab ada masalah yg tidak dapat dielakkan, maka majlis tersebut ditunda.
Namun begitu, saya tetap berada dilokasi untuk melihat majlis penamat kursus asas perajurit muda polisas.

Friday, June 7, 2013

Beli Kuih di Terengganu...

 Atas ni kuih bahulu. Beli kat area dungun masa on the way balik Kuantan. Cantik cara dia masak.
Ni pulok kuih bakor.  Memang banyok jenis kuih yang dijual di gerai tepi jalan ni. Lepas je bandor dungun, ready la nok berenti beloh kiri dekat selekoh. Dari jauh nampok berasap je hasil pembakaran sabut.

Sape rasa nok beli kuih citarasa ganu, boleh singgoh sini. Pelbagai jenis kuih boleh dipilih.

Thursday, June 6, 2013

Bercuti di Terengganu...

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Terengganu. Mula2 bertolak ke Kemaman pada hari Jumaat dan tido di rumah rehat bank Rakyat. Malam tu BBQ ikan dan ayam.

Kemudian, pagi sabtu bertolak pula ke Kuala Terengganu dan tido di Homestay di Batu Buruk selama 2 malam. Gambar diatas semasa kami nak bertolak ke Kuala terengganu. lokasinya didepan rumah rehat Bank Rakyat.