Friday, December 14, 2012

Kerusi patah...

Semalam saya bangun dari kerusi pergi ke rak untuk ambil file. Pastu balik semula ke meja lalu terus duduk dan... PRAKKK!!!

Terpukang saya ke belakang. Huh!!!

Thursday, December 13, 2012

Berjalan ke stesen keretapi Ipoh...

 Sempat juga nyinggoh ke stesen keretapi Ipoh. Saje je jalan2 bawak bebudok sambil nunggu pendaftaran kat Poli Ungku Omar selesai. Ni pintu ke platform. Kita kene naik tangga.
 Ni landasannya. Ada jejantas nak ke platform 2.
 Ni koridor kat luar. Nampak mcm senibina kolonial. Maklumlah, lama dah stesen ni.
Tunggu keretapi datang tapi tak datang2...

Wednesday, December 12, 2012

Dokong 2012...

 Kali ni pulok buoh dokong menjadi lagi. Hampir semua pokok dokong kat kebun berbuoh kali ni. Sekarang belum masok sangat lagi. Kalau makan pun tak berapa manis lagi.
 macam anggur je...
Seminggu dua lagi baru boleh tuai. Sape nok order? Maksimum RM10 sorang je. Tak boleh lebih hehehe... tak larat nak manjat.

Tuesday, December 11, 2012

Pergi ke Poli Ungku Omar...

Minggu lepas hari khamis saya ke kolumpo. Tido kat Banjaria. Pastu pagi Jumaat bertolok ke Ipoh dan tido kat Taman Cempaka. Pergi kesana sebab anok sedara nok mendaftar kat Politeknik Ungku Omar pada hari sabtu. Lepas daftar je, terus balik kolumpo dan tido kat Banjaria sekali lagi. Hari ahad balik ke Kuantan. Otw balik tu singgoh dulu kat kampung.

Semoga Along berjaya kat Poli Ungku Omar.

Buah Pulasan...

 Ni rupa buah pulasan. Macam buah rambutan, cuma bulunya keras. Rasa dia macam rambutan tapi tak lekang sangat. Namanua pulasan mungkin sebab bila nak bukak kita pulas je buah ni.
Kat pokok, ginilah buahnya. Bulat2 je. Bila masak ia berkaler merah. Muda kaler hijau.

Monday, December 10, 2012

Hasil kebun...

Hari semalam balik dari kolumpo singgoh kejap kat kampung. Sempat la manjat pokok2 buoh nok bawok bekal ke kuantan.

Mula2 gi ke pokok dokong, rasa sulas ada rasa dah manis. Petik la dalam 5 - 6 tangkai. Rendoh je... paras pala je. Rasanya dalam 2 minggu lagi baru masok betul dah. Sekarang tak berapa manis lagi.

Kendian panjat manggis pulok. Dapat la 1 beg. 

Pastu menuju ke pokok pulasan dan mutan. Pulasan pun kene petik sulas2 sebab tak semua masok lagi. Kali ni petik mutan anok sekoloh, jarum mas dan gading.

Tuesday, December 4, 2012

Promosi Penghabisan stok...

Bulan lepas gi Megamall sebab ada jualan buku penghabisan stok. Banyak juga beli buku kat sini. Murah2 juga.
Sukimang juga memborong. Kelihatan dia sedang membuat bayaran.
 Azwa suhada dengan family pun ada.