Tuesday, July 31, 2012

Banyaknya buku...

Gambar diatas menunjukkan bilik (pejabat/dirumah) Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Kalau tengok gaya pemakaiannya, rasanya dirumah beliau.

Cuba tengok buku2nya. Bersusun2. Ada ruang untuk lalu sahaja. Harap2nya ramai rakyat Malaysia yang mencontohi beliau iaitu suka membaca sebagai santapan minda.

Monday, July 30, 2012

Tiada kreativiti selepas 55 tahun...?

Ini merupakan logo sambutan hari kemerdekaan Malaysia pada kali ini. Dengar cerita logo ini teruk dikritik oleh orang ramai termasuklah Presiden Persatuan Rekagrafik Malaysia, Zachary Ong. Katanya logo ini menonjolkan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional.

Selepas dikritik hebat, logo ni telah diganti ke logo 1Malaysia untuk sambutan kemerdekaan kali ini.

Lagi satu, apa kaitan slogan 'Janji ditepati' dengan hari kemerdekaan? Hmmm...

Thursday, July 26, 2012

Parking tarawih...

Masa sembahyang sunat tarawih selalunya akan berlaku masalah parking berlapik2. Ada kenderaan yang kene block dek kenderaan lain. Yang sembahyang 8 rokaat akan bermasalah jika kenderaannya diblock dek kenderaan individu yang sembahyang 20 rokaat.

Haa..., ni beberapa alternatif yang dibuat oleh beberapa masjid untuk selesaikan masalah ni hehehe...

Bonus raya 2012...

Wah! Penjawat awam dan pesara kerajaan sudah boleh planning untuk berbelanja raya pada tahun ni, Alhamdulillah. Dengan pengumuman bonus hari raya setengah bulan gaji maka diharap ia dapat meringankan sedikit beban belanja untuk raya. Diharap juga para peniaga tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan.

Saya yang berkerja swasta ni tak tau lagi dapat duit raya atau tak. Selalunya majikan saya ada juga bagi duit raya.

Ok la, bonus yang majikan beri kita ambil. Diharap 'bonus' yang berlipat kali ganda yang ditawarkan oleh Tuhan di bulan Ramadan ni pun kita dapat 'ambil' juga.

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan...

Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua. Mari kita sama2 lipat gandakan amal ibadat kita.

Monday, July 16, 2012

Bilik saya...

 Dah 3 tahun saya berkerja disini. 3 tahun juga la saya berulang alik dari kuantan. Ada la juga beberapa hari saya tidur di Muadzam ni (rumah suki). Masa ni bilik ni tak kemas sebab tengah sibuk prepare macam2. Atas lantai tu berlonggok assignment student.
Kerusi depan tu tempat student datang untuk bincang apa2 yg patut. Juga tempat mereka buat back up kuiz.

Thursday, July 12, 2012

Sahabat dari UCSA...

 Masa berforum kat AFBE dulu tu ada berjumpa dengan 2 orang bekas rakan sekerja dari University College Shahputra (UCSA). Mereka datang untuk membentangkan paper mereka juga.

Kelihatan dalam gambar diatas dari kiri: Abg Bahari, Fahmi, Ja, Suki, Haji Osman dan Dr. Zainal. Mereka semua menunggu turn untuk present seperti saya.
 Ni Fahmi sedang present paper dia. Gambar abg Bahari present takde sebab masa dia present, saya pun tengah present.
Fahmi tersenyum menerima sijil dari Moderator Professor Dr. Brian Sheehan.

Wednesday, July 11, 2012

Asian Forum on Business Education...

 Minggu lepas 9hb - 10hb July saya bertapa kat IOI Palm Resort Putrajaya untuk present 1 paper. Paper ni saya buat 4 orang dan kali ni saya yang kene present. Seperti biasa, berdebar jugalah. Presentation ni memang berbeza dengan mengajar.
Ni saya ambil sijil dari Moderator sesi saya iaitu Dr. Marthin Nanere dari LA Trobe Universiti Australia. Bagus Dr. ni sebab selepas saya present, dia banyak bagi idea untuk paper saya yang seterusnya. Dia siap offer buat Phd bawah selian dia dalam bidang Consumer Behaviour.