Friday, August 29, 2008

Kung Fu Cantona...

Ingat tak aksi ni? Masa ni Manchester United lawan Cristal Palace. Cantona dah tak tahan sabar di maki hamun, apalagi satu tendangan ala-ala kung fu melayang ke dada penonton tersebut. Kalau aku la jadi penonton tu... malu yang teramat. Dah la kene tendang, live kat tv plak tu... hehehehe. Harap2 pemain-pemain bola di Kg. Pangsenam khususnya dan seluruh Malaysia amnya, tidak melakukan aksi begini.

Thursday, August 28, 2008

Semangat Merdeka...

Dekat-dekat nak sambut merdeka ni, teringat pada pejuang-pejuang kemerdekaan dulu. Teringat bagaimana mereka berperang melawan komunis dan penjajah. Tengok pulak cerita Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dll. Cerita orang putih pun ada sepeti Band Of Brothers, Saving Private Ryan, The Thin Red Line, When The Trumpet Fade dll. Dokumentari peperangan pun ada kat Astro. Ini semua membangkitkan semangat 'askar' dalam jiwa saya. Kenapa?

Sebabnya dulu masa belajar di UUM, masuk PALAPES selama 3 tahun. Macam2 training askar yang saya dah buat. Masa tu, badan memang fit. Perut belum boroi lagi. Tiap2 minggu ada latihan seperti kawad, berlari, pumping, sit up, star jump, forward roll, side roll dan kadang2 menembak. Jeritan 'serang' dan 'bunuh' biasa la untuk menaikkan semangat. Tapi selalunya jeritan 'serang' masa nak makan je lah... hehehe

Aktiviti absealing dan repealing pun biasa buat.
Ni plak masa khemah tahunan. Gali kubu pertahanan. Terasa macam Rambo pulak. Tempat gali kubu ni adalah tempat lokasi penggambaran filem Leftenan Adnan. Yang saya angkat tu GPMG (General Purpose Machine Gun), berat nak mampus!.

Gini lah saya bila tiba bulan merdeka dan tengok cerita perang. Pasti teringat masa PALAPES dulu. Teringat masa training. Oleh itu, bagi kita semua, hargailah nikmat kemerdekaan ni. Kalau nak tau, letih 'berperang' ni... Ok, itu sahaja utk hari ini.

Wednesday, August 27, 2008

Teluk Bidara...

Masa bercuti ke Terengganu dan Kelantan dulu, kami bertolak pada pagi Jumaat dalam pukul 830 pagi. Singgah di restoran Zaman dulu pekena nasik lemak. Kemudian barulah bertolak ke Terengganu lalu ikut jalan tepi pantai.
Ontheway tu lalu kat Paka, tempat loji minyak. Singgah kejap untuk ambik gambar. Lagipun tak tergesa2 pun nak sampai ke rumah rehat. Planning nak sembahyang jumaat kat Masjid Terapung kalau dan.

Bergambar kat signboard je... teringat kat seorang kawan tu ngajar kat UiTM Dungun...

Kemudian lalu ikut jalan tepi pantai kat UiTM dungun. Singgah sekejap untuk ambik gambar dan membuka bekal. Cantik sungguh pemandangan tepi pantai. Laut yang biru. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ye la kan, saya ni asal kampung, rumah dalam kebun yang dikelilingi pokok2 buah. Jadi, pemandangan lautan ni amat cantik lah dimata saya. Orang yang biasa dengan laut mungkin anggap biasa je la.

Ni pulak pemandangan dari Teluk Bidara. Banyak betul bot-bot nelayan 'parking' kat situ.
Pok cik ni sempat posing sebab nak ambik gambar dia..., dan di bawah ni merupakan pemandangan di Teluk Bidara. Leka sungguh bila berada disini. Walaupun cuaca agak terik, tetapi tak terasa pun.

Saya rasa tempat peranginan ni baru nak di majukan kerana tempatnya agak tersorok sedikit. Jalan masuknya baru di tar. Tandasnya belum molek lagi, dengan pintu yang daif. Tiada gerai jualan lagi. Penunjuk arah pun tiada. Namun begitu, pemandangan dari pondok tu amat cantik sekali. Lebih kurang pukul 1130, barulah bertolak semula ke Terengganu. Nampaknya nak sembahyang jumaat kat masjid Rusila je la.

Tuesday, August 26, 2008

Jilid majalah Gila-Gila...

Saya dah berjaya menjilid koleksi majalah. Buat permulaan ni, hanya majalah Gila-Gila dahulu dijilidkan. Gambar di atas adalah koleksi majalah Gila-Gila tahun 2007 yang telah berjaya dijilidkan. Selain Gila-Gila tahun 2007, Gila-Gila tahun 2005 pun dah dijilidkan. Tahun 2005 ada 2 jilid sebab pada masa tersebut Gila-Gila keluar 2 kali sebulan. Tahun 2006 belum dijilidkan kerana ada satu keluaran dah hilang. Kena selalu pergi ke stadium la untuk cari majalah lama yang dijual disitu.

Setelah bertahun, maka cita-cita saya telah tercapai. Nampaknya, setiap bulan kena la ada bajet untuk koleksi peribadi ni. Banyak lagi majalah yang nak dijilidkan. Kosnya? Hmmm... agak mahal bagi saya. RM25 senashkah. Kedainya ada dekat kolej Shahputra ni. Siapa yang nak menjilid gak, saya boleh tunjukkan. TQ.

Monday, August 25, 2008

Ke Ganu n Kelate...

Saya baru balik bercuti dari Terengganu dan Kelantan. Bercuti 3 hari 2 malam. Banyak cerita yang nak di muatkan dalam posting ni tetapi tak molek la jika cerita banyak dalam satu posting. So, untuk posting pertama ni saya cerita tempat penginapan sahaja. Nanti di posting yang lain saya cerita pasal kisah lain pula.

Ini lah tempat persinggahan selama 2 malam. Ini merupakan rumah rehat Bank Rakyat. Sebagai staff, kakak saya dapat menyewanya untuk 3H2M. Kadarnya agak murah. Ia adalah sebuah apartment. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pendek kata lengkap la. Apartment ni terletak di Sultan Mizan Golf and Country Club, Ibai.

Apartment ni berada di tingkat 7. Pemandangan amat mengasyikkan.

Ini ruang tamu. Ada set sofa, tv, penyaman udara dan astro.

Ruang makan ada meja makan untuk 6 orang.

Ruang dapur serba lengkap. Ada microwave, hud, dapur, periuk nasi, cerek, peti, gelas, set sudu, pinggan dan semua alatan dapur. Kita cuma bawak beras, susu dan teh sahaja.

Bilik tidur ada 2 katil bujang bagi bilik tidur no 2 dan no 3. Bagi bilik tidur utama ada 1 katil kelamin. Semua bilik ada aircond. Sungguh selesa.

Ini lah ruang untuk berehat selama 3H2M di Terengganu dan Kelantan. Terima kasih kepada Bank Rakyat. Semoga semua syarikat di Malaysia menyediakan kemudahan kepada staffnya seperti Bank Rakyat ni. Itu sahaja untuk kali ini... Terima Kasih.

Thursday, August 21, 2008

Panduan masuk rumah baru cara saya...

Hari ini saya nak bercerita tentang persediaan memasuki rumah baru. Ini pun setelah 'di desak' oleh seorang kawan supaya menulis tentang tajuk ni. Harap-harap dapat dijadikan panduan. Panduan ini pun saya dapat dari adik-beradik saya yang telah membeli rumah.

Sebelum itu saya nak ingatkan bahawa panduan saya ini hanyalah untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad seperti saya. Bagi mereka yang mempunyai duit yang banyak, maka saya rasa panduan ini tidaklah berguna.

Memang seronok dapat masuk rumah baru, pulak tu rumah sendiri. Macam-macam yang difikirkan untuk dibeli dan menghias. Perkara pertama yang penting adalah grill. Nilainya bergantung kepada rumah. Rumah teres mungkin murah sikit sebab yang hendak digrill mungkin tak seluas rumah semi-D. Cuba cari kedai yang buat grill, ajak dia datang rumah untuk ukur. Panggil 2-3 kedai. Bandingkan harga. Pilih harga yang paling murah. Kemudian, jangan bayar habis. Bayar sikit-sikit sehingga siap. Bila dah siap, periksa hingga puas hati. Dah puas hati baru habiskan bayaran. Kos grill selalunya dalam RM2000 - RM4000 bergantung kepada jenis rumah dan material.

Lampu dan kipas pun penting. Selalunya rumah yang kita beli ni dalam proses pembinaan jadi, bolehlah beli kipas dan lampu sedikit-sedikit. Setiap bulan beli satu lampu or kipas. Buat bajet sesuai. Macam-macam lampu ada. Kalimantang, downlight dan lain-lain. Ruang mana yang perlu lampu mahal dan ruang mana lampu murah. Dan ingat, bila ada lampu dan kipas, mesti nak pasang juga. Jadi, buat juga bajet untuk upah pasang. Selalunya satu point dalam RM10 - RM20.

Kemudian mangga kunci pun kena beli juga. Ye la kan nak kunci pagar, pintu dan grill nanti. Brand mahal ada, brand murah pun ada. Jenama biasa adalah Solex. Kos untuk mangga ni dalam RM100.

Railing langsir pun kena pasang juga. Kalau tak, nak sangkut mana langsir?. Tak kan takde langsir... nanti orang nampak dalam rumah. Harganya kena la tinjau kat kedai hardware. Ukur dulu tingkap dan sliding kat rumah. Bahagian mana nak double or triple railing. Rumah saya dulu (semi-d) kosnya dalam RM200 - RM300.

Kemudian masuk bab deposit api dan air pulak. Rumah saya deposit api RM250 manakala air pulak RM80. So, kira la sendiri.

Kalau ada astro, kena la sediakan RM100 untuk upah cabut dan pasang piring astro. Kalau tak ada bajet, buat sendiri je.

Dah siap semua sekali, baru la nak pindah. So, nak pindah rumah ni kena ada bajet juga. Kena sediakan upah lori, makan minum, tukang angkat barang lagi. Yang ni kena pandai deal la. Guna lori kawan ke... jiran ke. Tukang angkat pulak, mungkin kawan2 boleh tolong tapi kita kena la belanja makan.

Setakat ni, itu sahaja lah yang saya ingat. Itu yang paling asas la. Koman-koman pun RM5000 juga habis. Kalau ada duit lebih dan kaya raya, bolehlah nak mengecat rumah, buat kabinet dapur, buat feature wall, renovate dan beli barang2 baru dan mahal. Nak berlawan2 dengan jiran dan kawan2 yang lain pun boleh. Tetapi jika bajet kurang macam saya ni... pakai la mana yang ada je dulu. Beli la ansur2. Janji hati gembira.

Ini pendapat saya dan mengikut pengalaman saya sahaja... bagaimana pula dengan kawan2 yang lain yang telah masuk ke rumah baru?

Tuesday, August 19, 2008

Konsep Kemerdekaan...

Konsep kemerdekaan membawa banyak maksud bergantung kepada kepentingan dan pendekatan. Umumnya kemerdekaan bermaksud bebas daripada kongkongan atau cengkaman sesuatu. Seseorang yang merdeka bebas untuk mengatur kehidupan diri sendiri dan bebas untuk melakukan perkara yang terhalang. Namun begitu, untuk mencapai kemerdekaan sebenar, seseorang itu semestinya mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.

Kemerdekaan sesebuah negara pula berkait rapat dengan kebebasan dari cengkaman penjajah. Rakyat sesebuah negara merdeka harus dapat mengatur diri mereka dan membangun tanpa terikat dengan negara lain atau negara yang pernah menjajahnya. Negara tersebut akan mempunyai pemerintah dan perlembagaan sendiri.

Negara kita yang merdeka ini adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan dan berasaskan konsep federalisme.

Monday, August 18, 2008

Gelaran dalam masyarakat Melayu...

Dalam masyarakat Melayu kita boleh lihat penuh dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kita boleh lihat dengan jelas dari panggilan yang digunakan dalam sesebuah keluarga masyarakat Melayu. Kali ini saya nak tulis pasal panggilan pangkat dalam masyarakat Melayu. Panggilan ini mungkin berbeza bagi sesetengah tempat. Oleh itu, jika ada kesilapan, harap dapat diperbetulkan.

Dalam masyarakat Melayu, inilah senarai yang biasa kita gunakan:

  • Along untuk anak sulung.
  • Angah untuk anak nombor 2.
  • Uda untuk anak nombor 3.
  • Ateh untuk anak nombor 4.
  • Tam untuk anak nombor 5.
  • Andak untuk anak nombor 6.
  • Alang untuk anak nombor 7.
  • Anjang untuk anak nombor 8.
  • Chek untuk anak nombor 9, dan
  • Chu untuk anak nombor 10.

Ada sesetengah tempat, Chu juga digelar Busu menandakan anak bongsu. Begitu juga dengan Along, ada juga yang menggelarkan Wa.

Maka, dengan adanya gelaran tersebut anak-anak sedara atau cucu atau cicit akan memanggil dengan gelaran itu contohnya Pak Su, ayah Andak, aki long, Wan Chu dan sebagainya. Tengok, tertibnya masyarakat dulu memberi gelaran sehingga sekarang pun kita masih menggunakannya.

Eh!, tak kan 10 je... anak kesebelas dan seterusnya nak panggil apa? hehehe...

Cerita dari Pekan...

Sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan balik ke Pekan Bandar Diraja. Sudah pastinya sebabnya ialah nak balik kampung mentua. Kalau cerita bab Pekan, bagi saya selain balik kampung umah mentua, ada dua perkara yang saya mesti buat, iaitu gunting rambut dan menjeling ke bangunan lama kolej.

Jangan tertipu..., ni gambar dulu, gambar lama.
Sekarang bangunan tu dah bertukar kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Sebelum pindah ke Kuantan, kat bangunan ni lah saya bekerja. Nampaknya dataran dah bertukar menjadi padang kawad. Jalan masuk sudah ditar baru. Bangunan asrama pelajar masih ada. Ruang parking kereta telah dipenuhi dengan kereta peronda polis. Inilah bangunan yang selalu saya jeling jika lalu sambil nak ke bandar.
Ni pulak kedai gunting rambut Sri Suria. Saya selalu bergunting rambut disini. Ada satu lagi cawangan kat Maidin pekan, tetapi saya tetap akan bergunting rambut disini sebab ada seorang tukang gunting ni dah paham kehendak saya. Dah 7 tahun saya bergunting disini. Harga tetap sama RM6 tetapi saya lihat pelanggan lain harganya di antara RM8 - RM10. Mungkin saya regular customer. Dulu ada gak test bercukur, tapi dah takut sebab ada sekali tu berdarah sikit lepas bercukur. pastu, tak berani dah. hehehehe... Tukang gunting ni indian tapi servis bagus. Saya rasa kerabat pun bergunting disini sebab ada sekali tu saya lihat tukang gunting ni guna kain lain bila menggunting rambut seorang pelanggan ni. Kain lipatan baru yang berbau amat wangi, bersih dan bergosok. Hormat pun lain macam. Cara sentuhan rambut pun berbeza. Ok... itu sahaja cerita dari Pekan.

Friday, August 15, 2008

Cerita Sahaja...

Kisah ni aku dapat melalui email. Rasa molek aku letak kat blog aku sekadar berkongsi dengan semua. Semoga menjadi panduan kepada kita. Harap-harap boleh baca sampai habis sebab kisah ni panjang sikit.

Suatu Hari... Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.

Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju. Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati.

Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa... last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?"

Nampaknya Jamal ragu. "Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi."Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun... Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan. Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Rukun Negara...

Ingat lagi Rukun Negara? Tak ingat? Takpe... Mari kita ingat semula. Kalau ikut sejarah, Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Ia merupakan ideologi kebangsaan kita. Rukun Negara ini berperanan untuk membentuk perpaduan dan menjamin kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Rukun Negara bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Terdapat 5 Prinsip Rukun Negara iaitu:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan: Islam ialah agama rasmi tetapi kebebasan agama terjamin.
  2. Kesetian kepada Raja dan Negara: Rakyat mesti taat dan setia kepada Yang Dipertuan Agong dan negara.
  3. Keluhuran Perlembagaan: Kita mesti mempertahankan dan menyanjung perlembagaan kita.
  4. Kedaulatan Undang-undang: Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita kerana ia melindungi hak kita.
  5. Kesopanan dan kesusilaan: Rakyat harus sentiasa bertingkah laku sopan dan santun.

Itulah 5 Prinsip Rukun Negara. Dulu ingat sangat kan? Masa kat sekolah rendah dulu... ada tertulis kat belakang buku nota yang kaler coklat tu. MERDEKA!!!

Thursday, August 14, 2008

Kucing baru...

Dua ekor kucing kat kampung dah beranak. Gedik lahir 3 ekor anak dan Dang Dang Kung 3 ekor anak juga. So, bertambahlah 6 ekor lagi nyawa kat rumah tu.

Ni anak Gedik..., belum ada nama.
Ni la Gedik
Ni Dang Dang Kung
Anak dia pun 3 ekor. Namanya Pok Pok, Pek Pek dan Le Le.
Depan ni Le Le. Belakang tu Pok Pok dan Pek Pek. Mak dia gonggong letak atas almari.

Jalur Gemilang...

Hari ni dah 14hb Ogos. Tak lama lagi nak menyambut kemerdekaan negara Malaysia kali ke-51. Sambil kita kibarkan bendera Malaysia di kereta, rumah, pejabat, kebun dan blog masing-masing, marilah kita ingat kembali makna-makna yang terdapat di bendera kita ni. Cuma nak periksa semula samaada pemahaman kita betul atau tak. Kalau apa yang saya tulis ini salah atau telah berubah, boleh lah sama-sama kita perbetulkan.

Ini merupakan bendera Malaysia. Ia telah dinamakan Jalur Gemilang. Bendera ini dapat menimbulkan rasa bangga kita kepada negara dan akan membangkitkan semangat cintakan negara.

Jalur Gemilang ini melambangkan penyatuan negeri-negeri yang berada di dalam Persekutuan, perpaduan rakyat dan kerajaan.

Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang sama luasnya. Terdapat juga bintang 14 penjuru. Ini melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Bulan sabit pula melambangkan agama rasmi negara Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang ialah warna diraja duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia.

Suku bahagian atas bendera yang berwarna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Wednesday, August 13, 2008

Hasil Cempedak 2008...

Hasil Mutan sudah hampir ke penghujung, begitu juga manggis. Durian pula sudah lama menuju penamatnya untuk musim tahun ni. Sekarang, tibalah pula buah cempedak menunjukkan dirinya. Dari jauh sudah terbau baunya menandakan ada yang sudah masak. Sekurang-kurangnya ada 8 batang pokok cempedak kat kebun ni.

Kat kebun Pangsenam ni ada lah beberapa batang pokok cempedak yang berbuah. Lebat sangat buahnya. Dah dua kali ngangkut bawak balik ke Kuantan. Semerbak bau dalam kereta. Boh cakap, kalau tak habis buah ni dan masak sangat dah, maka campak ke luar pagar je kasi kerbau makan.

Nampak tu? Bertungkoh-tungkoh. Ada buah yang diambung dengan kain, ada yang tak. Selalunya buah ni akan buruk sikit jika tak diambung kerana disengat oleh serangga.

Ni hasil yang dah masak. Bawak balik ke kuantan. Atas buah tu yang berwarna putih tu ialah tali tape IKEA. Nak ukur panjag buah ni yang luar biasa... 18 inci panjangnya.

Tuesday, August 12, 2008

Rendah dan Lebat...

Ni nak tunjuk gambor pokok Mutan kat kebun yang rendah dan lebat. Ada dahan mutan yang sekah akibat terlalu berat buahnya kerana teramat lebat. Rasanya dah 4 minggu ngangkut Mutan bawak balik Kuantan. Banyok sangat. Kera ngan tupai pun tak daya nak makan dah.

Ni yang kat belakang rumah. Dahan pokok ni la yang sekah.

Gunting je... Mudah

Budok kenit pun boleh capai...

Yang tinggi sikit, ambik pakai tangga

Sedapnya makan...

Perihal Orang Melayu II...

Posting ini adalah sambungan kepada posting sebelum ini. Masih lagi membicarakan tentang buku Perihal Orang Melayu. Sempena bulan merdeka ni saya nak cerita lebih sikit pasal orang Melayu. Ye la kan, negara kita pun nak menjadi negara maju pada tahun 2020 jadi, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu kenalah menjadi maju juga.

Menurut Swettenham, budak-budak lelaki Melayu pada masa kanak-kanak biasanya comel, matanya, alis dan keningnya cantik, pandangan matanya jauh agak penyedih dan muram, seolah-olah dia telah meninggalkan suatu tempat yang jauh lebih baik tetapi dipaksa tinggal di dunia ini. Matanya, yang luar biasa besar dan jernihnya, kelihatan seolah-olah penuh dengan kehairanan, tetapi terseksa dengan apa yang dilihatnya di dunia ini, dan kelihatan seolah-olah sentiasa ingin dibuka lebih luas lagi untuk mencari sesuatu yang tidak mungkin dapat ditemui.

Budak perempuan Melayu biasanya tidak secomel budak lelaki dan kurang diberi perhatian. Biasanya budak perempuan dibiarkan berlari ke sana sini sehinggalah sampai masa ia patut dipakaikan baju, yakni pada masa umurnya lebih kurang 5 tahun.

Orang Melayu merupakan seorang yang cepat belajar dengan cara meniru dan bila ia cukup bersemangat dan berhasrat untuk melakukan sesuatu dia juga boleh menjadi seorang mekanik yang baik.

Namun demikian dia seorang yang agak malas, dia tidak mempunyai sistem atau cara yang tertentu, tidak ada peraturan walaupun dalam hal waktu makan, dan tidak mementingkan soal masa.

Rumahnya tidak kemas, malah kadang-kadang kotor, tetapi dia mandi dua kali sehari, gemar memakai perhiasan diri iaitu dengan pakaian-pakain yang segak.

Thursday, August 7, 2008

Perihal Orang Melayu...

Sempena dengan bulan kemerdekaan ni maka hari ni nak ulas satu buku yang bertajuk Perihal Orang Melayu. Buku ni diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Dr. Zubaidah Ibrahim dari buku Malay Sketches oleh Frank Swettenham yang diterbitkan pada tahun 1884. Dr. Zubaidah adalah pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Buku ini diterbit oleh Penerbit Universiti Malaya.

Saya hanya ingin senaraikan ciri-ciri orang Melayu dari kacamata Frank Swettenham ni. Mari kita lihat, setelah 51 tahun merdeka, adakah orang Melayu telah berubah atau masih mengekalkan ciri dahulu. Antara ciri-ciri orang Melayu ialah:

1. Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, dan matanya cerdas dan cerdik.

2. Biasanya bersifat baik hati, gerak-gerinya sopan dan senang berbicara.

3. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya.

4. Seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas.

5. Bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayar balik.

6. Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangganya dan sebab itu kadang-kadang dia juga suka bercerita tentang hal orang.

7. Dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanahair dan rakyatnya, memuliakan adat resamnya, takut kepada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa - tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atasnya.

8. Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul.

9. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan-permainan lain seperti itu.

10. Dia memang semulajadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir, dan sungguh cekap sekali dengan perahu.

11. Semangat berpuak-puak juga tebal dalam dirinya.

12. Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.

Ini merupakan beberapa ciri tang ditulis oleh Frank Swettenham. Nampaknya, ada ciri-ciri yang telah berubah dan ada juga ciri-ciri yang masih kekal dalam diri manusia yang berbangsa Melayu. Untuk lebih lanjut, bolehlah membaca buku ini. Semuanya ada 22 bab tentang masyarakat Melayu dari kacamata Sir Frank Swettenham.

Wednesday, August 6, 2008

Avanza dah penuh...

Masa kat kampung baru-baru ni, tengok Adek nak balik ke KL. Nampaknya, susunan dalam kereta dia telah berubah. Dulu, si kembar ni muat lagi baring berdua kat depan. Sekarang, hanya seorang sahaja yang muat. Lepas ni tak tau la pulak perubahan yang dia kena buat. Hehehehe..., Macam kok long, Grand Livina dia pun dah cukup-cukup muat keluarga dia je. Pasni, semua kena beli Serina atau Naza Ria.
Si kembar Arina dan Arini bersedia untuk masuk ke kereta. Aki dukung Arina, Wan pulak dukung Arini. Jebeknya pipiiii...
Kali ni Arina duduk depan. Selesa nampaknya. Dia duduk depan sebab dia tak tidur lagi. Arini dah tidur tadi.
Arini kena duduk belakang dengan kakak Ain. Cuba bayangkan kat mana Ibu dia nak duduk? Hehehehe...

Buah mencepu...

Baru-baru ni waktu tengah merayap dalam kebun, terlihatlah pokok mencepu. Dari jauh nampak kuning je. Rupa-rupanya ada yang masak. Adek pun panjat nak petik beberapa biji untuk dibuat sambal belacan buah mencepu. Pergh!!! sedap tengahari tu makan nasik.
Ni la rupa buah mencepu. Pokoknya tinggi macam manggis. Buahnya hijau. Bila masak ia akan bertukar menjadi kuning dan oren. Kulitnya nipis. Isinya berwarna oren macam kulitnya, berulas-ulas macam manggis juga. Buah ni bergetah berwarna putih.
Inilah hasil selepas memanjat. Yang hijau tu tak berapa nak masak lagi.
Ingat tu, ini buah mencepu, bukannya tomato. Boleh makan begitu sahaja atau dibuat sambal. Kat pangsenam ni macam-macam sambal boleh buat. Sambal belacan terung asam, sambal belacan mencepu, sambal belacan kundang, sambal belacan mempelam dan lain-lain. Nantilah saya cerita pulak tentang sambal-sambal yang biasa dibuat di pangsenam.

Tuesday, August 5, 2008

080808 jumaat ni...

Assalamualaikum...

Hari ni nak tulis pasal hari jumaat minggu ni. Just nak share sahaja. Kepada semua hari Jumaat minggu ni merupakan hari yang bertarikh 08/08/08. Maka, bolehlah ambil gambar apa sahaja pada hari tersebut. Nak buat koleksi je. Pastikan kat gambar tu tertera tarikh 08/08/2008. Kalau ada idea pada hari tersebut, tulislah sesuatu kat blog.

Monday, August 4, 2008

Pengurusan Emosi...

Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.

Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Dalam membicarakan kematangan emosi pula, kita perlu lihat dari lima sudut:

Kewarasan diri.
Ini merupakan kebolehan kita untuk menyedari perasaan kita sendiri. Jadi, apabila kita beremosi, kita harus sedar apakah perasaan yang sedag kita hadapi. Marah? takut? meluat? sedih?

Pengurusan diri.

Ini pula adalah kebolehan kita untuk menguruskan emosi diri kita dan mengawal desakan dari dalam. Dari sini kita boleh lihat jika seseorang itu tidak dapat mengawal emosinya maka dia akan memberontak dan mempamerkan emosi yang sedang dia hadapi.

Motivasi diri

Motivasi merupakan dorongan kepada kita. Jika dilihat dari sudut emosi pula ialah ia merupakan kebolehan untuk bertahan apabila berhadapan dengan halangan yang boleh menyebabkan kita beremosi.

Empati

Empati merupakan kebolehan kita merasai apa yang orang lain rasa. Ia bukan sekadar simpati, malah lebih dari itu. Contohnya jika rakan kita mempamerkan emosi kegembiraan kerana mendapat kenaikan pangkat, kita akan mempamerkan emosi yang sama juga seolah-olah kita pun mendapat kenaikan pangkat.

Kemahiran sosial

Ini merupakan kemahiran kita mengendalikan emosi orang lain. Kemahiran ini penting kerana kadang-kadang atas nasihat kita, kita berjaya mengawal emosi orang daripada berlebihan. Tetapi ada juga keadaan dimana atas nasihat kita, emosi seseorang itu akan jadi berlebihan.

Semua orang pernah beremosi. Pengurus pasukan bolasepak perlu kemahiran sosial untuk untuk meningkatkan emosi pemainnya bagi mencapai kemenangan. Ibubapa pula tidak seharusnya mempamerkan emosi ketakutan dihadapan anak-anak jika berada didalam situasi yang menakutkan. Oleh itu, sama-samalah kita mengurus emosi kita dengan baik kerana emosi ada baik dan buruknya.

Rujukan:
1. Organizational Behavior, McShane. 2nd Edition. 2002.
2. Gelagat Organisasi, Kamel Idris. 2008.
3. Tabiat Organisasi, Ungku Norulkamar. 3rd edition. 2004.
4. Membina Jati Diri Gemilang, HM Tuah. 2004.

Friday, August 1, 2008