Wednesday, May 28, 2008

Rumah Naban

Inilah keadaan rumah Naban di Kg. Padang Kerbau (Kampung yang berada dalam kg. pangsenam). Naban telah mendapat bantuan untuk membina rumah baru. Rumah baru beliau dalam proses pembinaan sekarang.

Naban merupakan seorang penduduk yang amat rajin. Beliau selalu menolong dan membuat kerja semasa kenduri kendara di pangsenam. Beliau hanya berkerja kampung sahaja antaranya mengambil upah menebas kebun, menoreh getah, mencari madu lebah, mencari buluh lemang dan sebagainya. Di harap Naban akan tinggal dengan selesa di rumah barunya nanti.

Bagi sesiapa yang ingin memberikan bantuan kepada Naban, bolehlah menghubungi Tok Empat Kg. Pangsenam. Atau boleh bagi pada saya dan bila saya balik kampung nanti, saya akan bagi pada ketua kampung. Ikut la nak bagi bantuan apa. Duit boleh... pakaian boleh... makanan pun boleh.




Masjid Kg. Pangsenam

Ini adalah gambar Masjid Kg. Pangsenam. Masjid ni telah beberapa kali mengalami pengubahsuaian. Masjid ni terletak betul-betul ditepi jalan Temerloh - Triang. Masjid ni bernama Masjid Ikhsaniah Kampung Pangsenam. Nanti di post yang akan datang, saya akan menceritakan sejarah masjid ini.


pintu masuk



depan




mimbar

Happy Birthday to Ain Khadeeja

Happy Birthday to Ain Khadeeja. Ain Khadeeja ni anak sulung Adek dan Ainon. Ni hari lahir dia yang ke 2 (26/5/08). Semoga jadi anak yang baik. Ain suka makan keropok dan kerepek. Kalau dia nak keropok dan kerepek dia akan mintak "nak pok pek"...





Ni ada 4 keping gambar aksi ain di kampung PANGSENAM. Dia balik kampung aki dan wan dia.

Saturday, May 24, 2008

Kg. Pangsenam

Nama Pangsenam ni berasal dari sebiji buah durian yang berpangsa enam. Selalunya buah durian mempunyai 5 sahaja pangsa tetapi ada sebatang pokok durian di pangsenam ni mempunyai 6 pangsa. Jadi, dari situ lah dapatnya nama kampung pangsenam. Saya tak tau samada pokok ini wujud lagi atau tak. Jika ada, saya akan letakkan gambar nanti.

Bersempena dengan nama kampung pansenam maka blog ini dinamakan pangsenam bermottokan KAMPUNG KITA, KITA JAGA. Tujuan blog ini adalah sekadar untuk memberikan maklumat dan aktiviti di kampung pangsenam khususnya, dan maklumat2 lain yang tidak berkaitan dengan kg. pangsenam amnya.

Siapa lagi hendak menjaga kampung kita kalau bukan kita
Siapa lagi hendak memajukan kampung kita kalau bukan kita
Siapa lagi hendak mempopularkan kampung kita kalau bukan kita
Siapa lagi hendak berbangga dengan kampung kita kalau bukan kita

Thursday, May 22, 2008

Khalifah Umar Abdul Aziz

Baru-baru ini kita terkesima dengan kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa beliau mahu menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idolanya. Beliau juga mengatakan mahu menjadikan corak pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz ini sebagai contoh untuk beliau mentadbir Pulau Pinang.

Ramai dikalangan kita yang terkedu. Ada yang gembira dan ada juga yang mengkritik. Disini, saya bukanlah nak membicarakan tentang hal-hal politik. Saya juga tidak mahu menyebelahi sesiapa atau mana-mana pihak. Saya cuma mahu kita supaya berfikir dan merenung kembali diri kita.

Pertama, kenapa orang bukan islam (YB Lim Guan Eng) mengagumi khalifah Umar Abdul Aziz? Jawapannya ialah kerana beliau mengetahui latar belakang khalifah tersebut dan corak pemerintahannya. Bagi saya tak salah untuk beliau mengagumi khalifah Umar. Tentang kenapa beliau tidak masuk islam pulak, itu kita serahkan kepada Allah kerana hidayah adalah datang dari Allah. Cuma kita berdoalah semoga YB Lim diberikan hidayah oleh Allah untuk masuk islam, Amin.

Kedua, kenapa orang islam tidak mengagumi khalifah Umar Abdul Aziz?. Jawapannya ialah kerana tak ramai pun orang islam tahu tentang latar belakang khalifah Umar Abdul Aziz. Jadi, sebelum nak mengkritik YB Lim, kita tanya diri kita dulu adakah kita kenal khalifah Umar ini seperti yang YB Lim ini kenal? Atau adakah kita boleh bercerita tentang khalifah Umar ini seperti yang YB Lim cerita?

Jadi, malu lah kita orang islam yang tak tahu pasal ketokohan pemimpin islam sedangkan orang bukan islam lebih tahu dari kita. Yang kita tahu hanyalah mengagumi artis itu, artis ini; dan pemimpin korup itu, pemimpin korup ini.

Oleh itu, atas dasar ingin berkongsi pengetahuan, saya sertakan juga serba ringkas tentang khalifah Umar Abdul Aziz. Semoga, selepas anda baca, anda akan mencari lagi maklumat yang lebih lengkap tentang khalifah ini dan jadikan beliau sebagai idola dalam kehidupan seharian.


KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ (717 – 720 MASIHI)

LATAR BELAKANG

Umar bin Abdul Aziz adalah sepupu kepada Al-Walid. Beliau dilahirkan pada tahun 62 hijrah di Halwan, Mesir. Beliau dibesarkan di Madinah bersama dengan alim ulamak dan orang-orang baik. Oleh sebab itu, Umar sejak kecil lagi telah menghafal Al_Quran. Sehingga besar dia telah menjadi seorang yang pandai dalam hal agama.

Beliau terkenal sebagai seorang yang adil, jujur, berhati mulia, lemah lembut, tidak sombong, tidak bermegah, takut kepada Allah, sangat sayang kepada rakyat jelata dan sangat beringat dalam membelanjakan harta.

Sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, beliau pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya di Hijaz semasa Khalifah Abdul Malik. Beliau dilantik menjadi khalifah bagi orang islam atas wasiat bertulis oleh Sulaiman bin Abdul Malik dimana dia telah membuat wasiat itu sebelum mangkat. Selepas Sulaiman mangkat, Umar Abdul Aziz telah menjadi khalifah pada tahun 717 Masihi.

UCAPAN DASAR

Selepas dilantik menjadi khalifah, beliau terus ke masjid dan terus memberikan ucapan dasar di hadapan orang ramai. Antara ucapan dasarnya ialah:

“… tidak ada kitab selain dari Al-Quran dan tidak ada nabi selepas nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya aku bukan seorang hakim tetapi aku hanya menjalankan hukum. Aku bukanlah orang yang terlebih baik daripada kamu tetapi aku adalah orang yang sangat berat sekali memikul tanggungjawab.”

Seperti diketahui umum sejak tahun 41 hijrah adalah menjadi kebiasaan bagi khalifah Bani Umaiyah untuk mencela terhadap keluarga saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat. Tetapi setelah Umar menjadi khalifah, dia tidak suka adanya perselisihan diantara umat islam. Oleh itu, celaan itu telah dihapuskan dalam khutbah jumaat dan digantikan dengan ayat Al-Quran.

Khalifah Umar juga bersifat tidak mahu menakluk negeri-negeri asing. Malah, dia telah berusaha menjalankan seruan mengenai islam diluar tanah arab. Oleh sebab itu, beliau telah menghantar beberapa orang pendakwah agama islam keluar dari tanah arab ke timur atau ke barat.

JASA DAN USAHA

1. Menyuruh Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazmi di Mekah supaya mengumpul dan menyusun hadis Rasullullah di dalam buku.

2. Menambah gaji pegawai-pegawai untuk mengelakkan daripada rasuah.

3. Menghantar pendakwah islam kepada raja India, raja Turki dan ketua bangsa Barbar di Afrika untuk mengajak mereka masuk islam.

4. Bayaran cukai (Jizyah) dihapuskan keatas sesetengah negeri jajahan takluk. Dengan ini, ramai orang kafir masuk islam.

5. Hukum bunuh tidak lagi dijalankan melainkan setelah mendapat persetujuan daripada khalifah dan selepas diselidiki dengan halus.

6. Mendirikan masjid dan rumah persinggahan untuk orang musafir.

7. Menghantar balik harta rampasan dan harta yang diambil dengan tidak sebenar.

8. Menukar pegawai kerajaan yang tidak cekap dengan pegawai yang cekap dan adil.

9. Mengeratkan lagi perhubungan yang baik antara keluatga bani Umaiyah dengan keluarga saidina Ali dan menghapuskan celaan terhadap ali dalam khutbah jumaat.

MANGKAT

Beliau mangkat pada tahun 720 masihi (25 Rejab 101 hijrah) kerana termakan racun semasa berumur 39 tahun. Beliau memerintah selama 2 tahun 5 bulan 4 hari.

Pada zaman pemerintahannya dianggap oleh ahli sejarah merupakan zaman yang paling adil dalam kerajaan bani Umaiyah.

Wednesday, May 21, 2008

TALI GANTUNG

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. "Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. "Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. "Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir." Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "pergi dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan. "Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. " Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya. Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. "Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. " Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka," cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. "Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. "Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu," kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. "Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
PETIKAN: BERNAMA

Friday, May 16, 2008

Happy Teachers Day

If life is a game, I wish you will always win.
If life is a journey, I wish you will walk on roses.
If life is a rainbow, I wish you will always have the brightest days.
If life is a joy, I wish you always smile.
may everyday bring you happiness and peace in your heart...
happy teachers day!

Newcastle United

Ni gambor Official Store pasukan Newcastle United. Gambo ni Rosmadi kirim semalam melalui mms. Dia berada disana membeli belah. Baju jersey Newcastle ni 40 pound, berkolar n berlengan pendek. Nak tambah nama n nombor, kena la tamboh lagi 10 pound.

bila la nak ke sana ye?

Thursday, May 15, 2008

Mohammad Nakeeb Fawazuddin

Ni gambor2 Nakeeb. Dia ni anak ke empat kok long. Dia ni kerap ngat nangis sebab nak kena dukung dek kok long je. Kok long nak buat kek pun tak boleh.



Pantun ni di tulis kat UUm dulu (Assignment)

RUKUN ISLAM

Indah sungguh suasana alam,
Bayu berpuput damai rasanya;
Syahadah dilafaz buktinya Islam,
Tiada dua kecuali yang Esa.

Bayu berpuput damai rasanya,
Bunga berkembang indah dan mekar;
Tiada dua kecuali yang Esa,
Sembahyang diwajib janganlah engkar.

Bunga berkembang indah dan mekar,
Dilihat sang kumbang terpaut hati;
Sembahyang diwajib janganlah engkar,
Berpuasa kita Syawal menanti.

Dilihat sang kumbang terpaut hati,
Turun kebumi terasa gundah;
Berpuasa kita Syawal menanti,
Zakat diberi ingat yang susah.

Turun kebumi terasa gundah,
Dipetik orang merajuk diri;
Zakat diberi ingat yang susah,
Ke kota Mekah menunaikan haji.



1992
UUM

Friday, May 9, 2008

sekitar pilihanraya

Ni gambar-gambar sekitar Pilihanraya ke-12 dahulu di Kampung Pangsenam. Dun dimenangi oleh calon Pas. Manakala Parlimen dimenangi oleh calon BN. Semoga kedua-dua calon ini membawa kemajuan di kampung Pangsenam.




Ni pandangan di jalan masuk ke tempat mengundi.



Perang poster


Para pengundi yang sama-sama memeriahi PRU-12



Bersama calon yang bertanding



Friday, May 2, 2008

Si kembar Arina dan Arini

Ni gambor Arina dan Arini. Pasni kita letak gambor Nakeeb pulak. Kakaknya bernama Arina Kharina manakala adiknya bernama Arini Khairani. Nampak gaya macam kenbar seiras. Bila lama tak jumpa, kadang2 keliru jugek... yang mana kakak, yang mana adik. Selalunya wan la yang keliru. Orang lain dah boleh bezakan. Mereka berdua ni memang suka tido senget. Jarang ngat dengor nangisnye.




Arina Sedang tido

Ni pulok Arini

Arina (Terbaru)

Arini (Terbaru)